Agak menghairankan bagi seorang Saintis, Biologist, Botanist mahupun Engineer pendek kata para cendiakawan keseluruhan nya yang diberi ilmu dan melihat kebenaran tentang semesta ini, tidak menemui Penciptanya, atau menyembah manusia yang juga seperti dirinya atau lebih teruk lagi menyembah patung patung, ruh orang mati dan sebagainya. Ada yang telah hilang akal waras dengan mengatakan tidak ada Tuhan.
Mungkin ilmu yang sampai kepada mereka tidak membawa kepada 'kesedaran' semesta ini dicipta oleh Yang Maha Tahu, Yang Maha Bijaksana, yang dikenal sebagai Tuhan. Mari kita jentik sedikit ilmu-ilmu yang ada pada mereka yang membuktikan wujudnya Tuhan yang tidak ada seperti Nya dialam ini.
BIOLOGI
Jika anda seorang Biologist, perhatikan bagaimana, gigi manusia disusun, makanan dikunyah, air liur yang memiliki enzim pencernaan, dibolos masuk ke perut, disana terdapatnya acid dan enzim, dibolos ke usus kecil, bagaimana nutriens makanan diserap ke seluruh badan melalui urat darah, dibakar menjadi tenaga, selebihnya disimpan disel sel.
Apakah batu, patung, kayu yang anda sembah mampu menciptanya? Bersuara pun tak mampu. Apakah manusia atau jin yang kalian sembah, mampu untuk membuat sistem pencernaan secomplex itu, apatah lagi monyet. Akal waras, akan sedar yang membuat, yang menentukan proses pencernaan ini adalah yang Maha Tahu, Dia sangat arif dengan makhluk yang dicipta Nya.
BOTANI
Jika anda seorang Botanist, perhatikan biji benih, keras dan kejung, mati tanpa menunjukkan tanda-tanda ianya hidup. Tetapi apabila ditanam, disiram air, biji benih itu mengeluarkan dedaun dan akar. Dan akar itu menuju ke dalam tanah, sesuai dengan fungsinya untuk menyerap nutrien manakala dedaun tumbuh ke arah matahari, sesuai dengan fungsinya untuk memerangkap cahaya buat proses fotosintesis.
Patung yang anda sembah mampu mencipta pertumbuhan seperti ini ? Mustahil. Berkumpulnya sekalian jin dan manusia mereka tidak mampu membuatkan akar untuk tumbuh ke dalam tanah, mahupun menyuruh daun tumbuh ke atas. Tentu ada kuasa yang telah menetapkan pertumbuhan pokok seperti itu, dan dijadikan patuh kepada apa yang ditentukan Nya. Dia itulah Tuhan.
Dengan bukti-bukti itu, maka ketahuilah mana mungkin setiap sesuatu itu wujud sendiri. Disana ada Tuhan yang Maha Bijaksana, yang telah mencipta segala sesuatu yang terdapat di semesta ini, dengan proses dan sistem yang sempurna. Dan tahap kebijaksanaan yang dimiliki Pencipta ini, mencangkupi sekalian aliran ilmu, tentu lah dia bukan manusia, mahupun jin apatah lagi patung-patung. Oleh itu, berakal cerdaslah dan cari Tuhan yang sebenarnya.
Tuhan sekalian makhluk itu, adalah ALLAH Tuhan yang Maha Esa, tiada Tuhan lain selain diri Nya, Dia yang satu. Anda boleh menemui logik ilmu, bukti nyata dari sebuah kitab yang diturunkan oleh Tuhan ALLAH iaitu Al-Quran. Bacalah, moga kita semua menemui Tuhan yang sebenarnya.

No comments:
Post a Comment