Banyak masalah, sedih, bingung bagaimana menyelesaikannya? Orang yang pantas menyelesaikan masalah itu orang sedih atau orang bahagia? Orang bingung atau orang yang jelas.
Orang yang bahagia, itu lebih pantas menyelesaikan masalah. Oleh itu keluarkan diri dari kotak masalah (letakkan diri sebagai pemerhati atau penasihat bukan orang terlibat). Kerana menjadi orang luar itu jiwanya lebih tenang, tidak sedih dan berfikiran lebih jelas. Lalu fikirkan, “Jika Si A menghadapi masalah ini apa yang dilakukannya?”.
Cari apa masalah yang dihadapi itu dan seterusnya cari ubatnya (jalan penyelesaian). Selesaikan dan bersabar lah sementara keadaan kembali baik. Hidup ini, semua orang ada waktu-waktunya menghadapi kesulitan, ujian dan musibah. Namun Cara menghadapinya menentukan jatuh bangun seseorang.
Lihat pada pohon beringin yang tumbuh dengan baik, akarnya kukuh, dahan yang kuat, daun yang rimbun. Asalnya dari biji yang halus, kemudian menjadi anak pokok yang kecil. Namun, Dia berdiri teguh dan kuat menahan cuaca yang tidak menentu, banjir, badai, gempa, namun tetap tidak lemah dan tidak berputus asa. Oleh itu hasilnya dia menjadi pohon hijau yang rimbun lagi kuat.
Ujian ujian ini hadir untuk mengajar kita dewasa. Dengan adanya hujan kita bisa melihat pelangi, dengan adanya panas kain bisa kering. Anggap saja setiap ujian yang datang itu adalah untuk melatih kita menjadi semakin kuat, dewasa dan berwibawa
Bersabarlah. Sabar itu menjaga diri kita supaya dalam pembawaan yang baik saat menunggu keadaan menjadi lebih baik. Tidak kehilangan jati diri atau merasa putus harapan.
DISEBALIK KESULITAN PASTI ADA KEMUDAHAN
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu1Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu 2 Yang memberati tanggunganmu 3 Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu 4 Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, 5 (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. 6 Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), 7 Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
(Ash-Syar-h 94:8)
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
(Al-Baqarah 2:286)
Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya; dan di sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya.
(Al-Mu'minuun 23:62)

No comments:
Post a Comment