SYARAT SAH SOLAT MUSAFIR
- Perjalanan yang jaraknya hingga 81 km dan lebih.
- Perjalanan tersebut tidak bertujuan tidak baik.
- Dalam keadaan bermusafir
JENIS SOLAT
A) Qasar (Pendekkan): iaitu solat 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat Subuh dan Solat Maghrib tidak boleh di Qasarkan
B) Jama’(Himpunkan): iaitu dihimpunkan 2 waktu solat ke dalam 1 waktu
1) Jama' Taqdim (Awal) : menghimpunkan solat zohor dan Asar dalam waktu (Zohor), atau solat maghrib dan isya dalam waktu (maghrib)
Niat: Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar dua rakaat jamak awal kerana Allah Taala.
Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak awal kerana Allah Taala.
2) Jama' Ta’khir (Akhir) : menghimpunkan solat zohor dan Asar dalam waktu (Asar), atau menghimpunkan solat maghrib dan isya dalam waktu (isya)
Niat: Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak akhir kerana Allah Taala.
Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar dua rakaat jamak akhir kerana Allah Taala.
Solat yang TIDAK BOLEH Jama’
- Solat Subuh dengan solat sebelum dan selepasnya
- Solat Asar dengan solat maghrib
DALIL :
MaKSUDNYA: Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa "mengqasarkan" (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu.
(An-Nisaa' 4:101
No comments:
Post a Comment