Tuesday, 17 September 2024

SOLAT MUSAFIR (JAMA' DAN QASAR)

 SYARAT SAH SOLAT MUSAFIR

  1. Perjalanan yang jaraknya hingga 81 km dan lebih.
  2. Perjalanan tersebut tidak bertujuan tidak baik.
  3. Dalam keadaan bermusafir


JENIS SOLAT

A) Qasar (Pendekkan): iaitu solat 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat Subuh dan Solat Maghrib tidak boleh di Qasarkan

B) Jama’(Himpunkan): iaitu dihimpunkan 2 waktu solat ke dalam 1 waktu

1) Jama' Taqdim (Awal) : menghimpunkan solat zohor dan Asar dalam waktu (Zohor), atau solat maghrib dan isya dalam waktu (maghrib)

Niat: Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar dua rakaat jamak awal kerana Allah Taala.

Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak awal kerana Allah Taala.


2) Jama' Ta’khir (Akhir) : menghimpunkan solat zohor dan Asar dalam waktu (Asar), atau menghimpunkan solat maghrib dan isya dalam waktu (isya)

Niat: Sahaja aku solat fardu Asar, qasar dua rakaat jamak akhir kerana Allah Taala.

Sahaja aku solat fardu Zohor, qasar dua rakaat jamak akhir kerana Allah Taala.


Solat yang TIDAK BOLEH Jama’

  1. Solat Subuh dengan solat sebelum dan selepasnya
  2. Solat Asar dengan solat maghrib 

DALIL :

MaKSUDNYA: Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa "mengqasarkan" (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu. 

(An-Nisaa' 4:101

Wednesday, 10 July 2024

ZAKAT

 Zakat tergolong kepada dua jenis

1) ZAKAT BADANIAH : iaitu zakat tubuh badan atau zakat Fitrah

2) ZAKAT MALIAH : iaitu zakat Harta Benda seperti wang, emas dan perak, perniagaan, binatang ternakan dan sebagainya.


ZAKAT FITRAH (WAJIB)

SYARAT WAJIB BAYAR ZAKAT FITRAH

Jenis Zakat ialah zakat badan yang diwajibkan sempena berakhirnya bulan Ramadhan mengikut syarat-syarat tertentu iaitu:

1. ISLAM

2. MERDEKA

3. MEMPUNYAI HARTA LEBIH (MILIK SEMPURNA)


KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH

Kadar Bayaran mengikut cara asal ialah satu gantang (mengikut timbangan 2.27kg) makanan asasi sesuatu tempat seperti beras dan gandum.  Atau bersamaan nilai matawang semasa pada berat timbangan tersebut.


ZAKAT HARTA

1. Zakat Harta seperti

2. Wang Simpanan

3. Emas dan perak

4. Binatang ternakkan

5. Zakat Perniagaan 


SYARAT WAJIB BAYAR ZAKAT HARTA

1. Islam

2. Sempurna Milik

3. Merdeka

4. Cukup nisab (kadar-kadar tertentu bagi jenis-jenis zakat)

5. Cukup haul ( memilikinya tidak kurang dari setahun)


KIRAAN

 2.5% dari wang simpanan dan taksiran harta dan keuntungan perniagaan (saham dan sebagainya)

2.5% dari nilai berat emas perak yang timbangan wajib zakat 85gram dan keatas


Kiraan zakat penternakkan:

LEMBU DAN KERBAU

30-39 ekor 1 ekor anak lembu jantan atau betina berumur 1 tahun

40-59 ekor 1 ekor anak lembu betina umur 2 tahun

60-69 ekor 2 ekor anak lembu 1 tahun ( 1 jantan- 1 betina)

70-79 ekor 3 ekor anak lembu jantan berumur 1 tahun

80-89 ekor 2 ekor anak lembu betina berumur 2 tahun

90-99 ekor 3 ekor anak lembu jantan berumur 1 tahun

100-109 ekor 3 ekor anak lembu 

(1 ekor betina berumur 2 tahun- 2 ekor jantan berumur 1 tahun )

110-119 ekor 3 ekor anak lembu 

(1 ekor betina berumur 1 tahun- 2 ekor jantan berumur 2 tahun )

KAMBING DAN BIRI-BIRI

40-120 ekor 1 ekor berumur 1 tahun

121-200 ekor 2 ekor berumur 1 tahun

201-300 ekor 3 ekor berumur satu tahun


Kiraan zakat Pertanian:

Biji-bijian dan buah buahan yang hasilnya diusahakan menggunakan tenaga manusia, binatang atau jentera dan perbelanjaan maka kadar zakatnya 1/ 20 (5%)

Biji-bijian dan buah buahan yang hasilnya bergantung kepada jirusan air hujan atau ditanam dilembah lembah berair, sekitaraliran sungai maka kadar zakatnya 1/ 10 (10%)


8 GOLONGAN ASNAF

1. Fakir

Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan.

2. Miskin

Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya.

3. Amil

Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.

4. Muallaf

Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya dibahagi kepada dua iaitu

Mereka yang baru memeluk agama Islam + Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah kedudukkan dan berhubungan dengan ketua-ketua bukan islam yang sejawatan  bagi menarik dan memujuk mereka kepada islam.

5. Al-Riqab/ MERDEKA HAMBA

Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.

6. Al-Gharimin/ BEBAS PENGHUTANG

Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.

7. Fisabilillah

Mana-mana orang atau pihak yamg melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.

8. Ibnu Sabil

Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan


DALIL-DALIL

Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) 

(At-Taubah 9: 103)

Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (At-Taubah 9:34)

UJIAN HIDUP

 Harus tahu, dalam hidup tidak ada manusia yang bebas dari cobaan dan ujian. Tugas kita ialah untuk mempersiapkan diri bagi menghadapinya. Orang yang lebih bersedia menghadapi situasi buruk, jatuhnya lebih elegan berbanding orang yang samasekali tidak menjangkakan ujian-ujian akan menimpanya.

Pada awalnya, kita mungkin merasa sedih, atau memprotes, why me ? Tetapi setiap ujian itu datang, adalah untuk meningkatkan jati diri dan menjadikan kita lebih dewasa. Segelap gelapnya hari hujan, rebut dan petir, Tuhan sedang mempersiapkan kita untuk hari esok yang lebih terang, yang lebih cemerlang. 

Apa pun terjadi, berfikiran positif , semua takdir yang terjadi telah pun tertulis. Oleh itu, Berserah diri kepada Tuhan, redha dengan apa yang berlaku. Pada waktu sebegini, fokus pada mendominasikan sikap baik dan pribadi mulia dalam hidup kita. Tidak ada orang bebas dari cobaan, ujian datang untuk menguji iman. Oleh itu FOKUS untuk menjadi orang yang lebih baik imannya.

Carilah jalan untuk menembusi masalah itu, dan jangan duduk menikmati sakitnya jatuh, sedihnya hati, why me? Kerana ia adalah pintu kekufuran. Mundur (keluarkan diri dari masalah dan melihat pandang dari sudut penasihat) dan cari jalan keluar. Jadilah anda Hero kepada diri sendiri. Dunia bertambah baik dengan wujudnya ramai orang yang mampu memcari jalan keluar dari masalah dengan cara mulia.

TUJUAN HIDUP

 KEMANAKAH KITA HENDAK PERGI ? 

UNTUK APA KITA HIDUP DI DUNIA ?

Tidak Allah ciptakan manusia ini melainkan dengan tujuan untuk beribadah kepada Nya. Oleh itu kita semua menuju arah yang sama kehidupan dunia Cemerlang untuk dipetik hasilnya Di Akhirat Kelak. Ibarat didunia ini kita menanam biji benih , disiram, dibaja, dididik sehingga tumbuh menjadi anak kecil, menahan kuatnya perubahan cucaca, menjadi dewasa besar merimbun, diakhirat kita petik buah-buah kejayaan yang baik.

Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membangunkan agama Islam yang meliputi kehidupan dunia dan akhirat yang cemerlang). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar.

(An-Nisaa' 4:74)

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)”. 

[Al-Jumuah: 10]

Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan , juga bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak, samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu tumbuh segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya menjadi kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan  di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah. Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. 

(Al-Hadiid 57:20)

Dan ketahuilah, amal yang paling banyak pulangannya setelah kewajipan (solat 5 waktu, puasa, zakat, haji) adalah berbuat kebaikkan dan amal kebajikan serta mengingati Allah. Biasa kita menumpukan ibadah untuk diri sendiri tetapi mengabaikan ibadah melakukan kebaikkan sesama manusia. Seimbangkan Ibadah dan amal kebaikkan.

Contoh seseorang yang menyapu sampah di tepi jalan untuk memudahkan orang ramai atau dia yang membasuh pinggan yang kepunyaan orang lain dengan ikhlas dicatat ditempat naik amal 100-150 pahala. Bayangkan jika anda adalah seorang penyelesai masalah masyarakat, contoh seorang doctor yang merawat penyakit, seorang guru yang mengajar ilmu, seorang pakar ekonomi yang menjaga kestabilan ekonomi negara. Berapa banyak kebaikkan yang anda lakukan ? 

Oleh itu seimbangkan antara ibadah sendiri dan amal kebaikkan dan kebajikkan.

APAKAH KEISTIMEWAAN ATAU MINAT MENDALAM ANDA ?

Setiap dari kita mempunyai satu atau lebih keistimewaan yang dikurniakan Allah , jika dibangunkan akan menjadi asset yang berharga. Biasanya ia berkait rapat dengan Passion (Minat). Contoh ada orang mampu menganalisis dengan tajam, maka dia terlibat dalam bidang Analisa.  

BAGAIMANAKAH UNTUK MENCAPAI TUJUAN HIDUP?

Langkah Langkah yang perlu diambil ialah dengan membuat perancangan rapi yang dipanggil menulis skrip kehidupan, disertakan pencarian ilmu-ilmu berkaitan, peka terhadap pengalaman hidup dan usaha tindakkan jitu yang istiqamah dan tidak kenal jemu mengikut apa yang telah dirancangkan.

Contoh Ibadah. Belajar mengerjakan solat dengan betul. Hukum Hakam, Ilmu Fardhu ain dan Fardhu Kifayah. Contoh Amal Kebaikkan, saya ingin menjadi seorang doctor. Apakah keperluannya? Keputusan peperiksaan yang cemerlang yang melayakkan saya ke university dalam bidang tersebut seterusnya dapat membantu masyarakat menyelesaikan masalah kesihatan. Menuju kecemerlangan tersebut, saya harus menjadi pelajar yang rajin, selalu mengulangkaji pelajaran dan membina minat serta pengetahuan berkaitan. Mengingati Allah membangun peribadi cemerlang oleh itu, saya khususkan waktu untuk berzikir dan bertasbih mengingati Allah pagi petang dan malam.

TUHAN KITA ALLAH

 Izinkan saya memperkenalkan Tuhan sekalian alam, Tuhan kami dan Tuhan kamu, Tuhan yang satu, tiada Tuhan lain selain diri Nya. Dia adalah ALLAH yang Maha Esa dan Maha Pencipta, yang memulai penciptaan segala sesuatu, menjadikan apa yang ada di bumi dan di langit wujud. 

AL-QURAN

Katakanlah : "Wahai Ahli Kitab (Para Nabi, Alim Ulama Yahudi, Nasrani, Islam), marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan Tuhan-Tuhan selain Allah (dipuja dan didewakan)". Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang muslim". 

(A-li'Imraan 3:64)

MENGENAL TUHAN MELALUI ASMANYA ?

DIA lah ALLAH Tuhan kami dan Tuhan kamu, Tuhan yang Maha Esa, tiada Tuhan selain Nya, DIA tidak punya anak dan isteri, tidak pula ada sekutu-sekutu bagi Nya.

ALLAH Tuhan langit dan bumi. Tuhan Timur dan Barat serta pemilik Arsy yang mulia. Tuhan yang memulai penciptaan setiap segala sesuatu. Tuhan yang mencipta dirimu dan mengetahui perihal setiap makhluk Nya.

  • Orang yang mengenal Tuhan dan mempunyai hubungan baik dengan Tuhan, jiwanya damai dan tenang.
  • Orang yang Jelas dia mempunyai Tuhan yang maha pemurah, dadanya tidak sempit ketika susah.
  • Orang yang Jelas dia mempunyai Tuhan yang maha pengampun, jika bersalah dia tahu pasti ada jalan untuk Kembali (bertaubat).
  • Orang yang Jelas Tuhannya maha Mengetahui, dia mempunyai tempat untuk mengadu kebingungannya dan memohon petunjuk.

Bersyukurlah kepada Nya atas nikmat yang dilimpahkan. Dan ingat lah Allah, nescaya Allah ingat kepadamu, berdoalah dan dirikan solat 5 waktu, dan mohon ampunlah sebelum waktu subuh, moga moga setiap hari memulakan hidup dengan lembaran putih baru.

TOLONG MENOLONG

 Sikap tolong menolong dalam agama Islam sangat digalakkan, kerana mustahil untuk manusia hidup seorang diri tanpa bantuan sekeliling. Oleh itu hendaklah kita ringan tangan.

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: 

“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutup aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu suka menolong saudaranya. Barang siapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, pasti Allah memudahkan baginya jalan ke surga. Apabila berkumpul suatu kaum di salah satu masjid untuk membaca Al Qur’an secara bergantian dan mempelajarinya, niscaya mereka akan diliputi sakinah (ketenangan), diliputi rahmat, dan dinaungi malaikat, dan Allah menyebut nama-nama mereka di hadapan makhluk-makhluk lain di sisi-Nya. Barangsiapa yang lambat amalannya, maka tidak akan dipercepat kenaikan derajatnya”. 

(Hadith Riwayat Muslim)

“….Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya”. 

[Al Ma”idah:2]

 “Allah senantiasa menolong seorang hamba selama hamba tersebut menolong saudaranya.” (HR. Muslim no. 2699)


MENOLAK MENGHULUR PERTOLONGAN ATAS NAMA ALLAH ? 

Kadang-kadang Tuhan hantarkan makhluk-makhluknya yang dalam kesusahan meminta tolong samada berbentuk sokongan, material, pendapat dan sebagainya. Tetapi jawapan baik yang selalu diberi "Tuhan ada janganlah bimbang, Tuhan pasti menolongmu, bertawakkal lah kepada Allah".

Benar menolak, orang yang meminta-minta dengan perkataan yang baik itu adalah satu kebaikkan. Tetapi jika kita dapat menghulur pertolongan itu lebih baik. 

Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.

 (Al-Baqarah 2:263)

Sikap menolak menghulur pertolongan sedangkan kita mampu untuk menolong orang dalam kesusahan , ditempelak Tuhan dalam firman Nya.

Dan apabila dikatakan kepada mereka:" Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu", berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman : " Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata". 

(Yaa Siin 36:47)

TIDAK SEMUA ORANG ATAU PERKARA DILAYAN SAMA

 Menganggap penting orang yang tidak penting. Meletakkan diri sendiri dalam kebingungan, terasa sempit dada. Tidak semua orang harus diperlakukan sama. Tidak semua hal dianggap penting. Orang itu ada dua macam 1) Orang yang membawa rahmat 2) Orang untuk diambil pelajaran. 

Sebahagian besar orang yang kita temui dan kebanyakkan hal yang kita hadapi harus diabaikan, dianggap tiada kaitan, tidak penting move on. Hanya yang tinggal dilinkungan kita, diambil berat orang-orang yang membawa rahmat. Yang hadirnya mereka menjadikan kita lebih baik, hidup terasa penting, bernilai, bahagia dan beriman.

Mengapa  menganggap penting orang yang tidak sehalatuju ? Hadirnya membingungkan, jika kita tidak diperlukan dibuang, menyebabkan kita dari yakin menjadi tidak yakin. Menyibukkan diri dengan orang seperti ini mengurangkan kemampuan kita untuk menyayangi atau ambil peduli tentang orang atau perkara -perkara yang lebih penting, hadirnya membawa kebaikkan dan membawa rahmat.

Oleh itu FOKUS, pilih yang mana penting dan tidak penting.


SOLAT MUSAFIR (JAMA' DAN QASAR)

  SYARAT SAH SOLAT MUSAFIR Perjalanan yang jaraknya hingga 81 km dan lebih. Perjalanan tersebut tidak bertujuan tidak baik. Dalam keadaan be...