Wednesday, 10 July 2024

ZAKAT

 Zakat tergolong kepada dua jenis

1) ZAKAT BADANIAH : iaitu zakat tubuh badan atau zakat Fitrah

2) ZAKAT MALIAH : iaitu zakat Harta Benda seperti wang, emas dan perak, perniagaan, binatang ternakan dan sebagainya.


ZAKAT FITRAH (WAJIB)

SYARAT WAJIB BAYAR ZAKAT FITRAH

Jenis Zakat ialah zakat badan yang diwajibkan sempena berakhirnya bulan Ramadhan mengikut syarat-syarat tertentu iaitu:

1. ISLAM

2. MERDEKA

3. MEMPUNYAI HARTA LEBIH (MILIK SEMPURNA)


KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH

Kadar Bayaran mengikut cara asal ialah satu gantang (mengikut timbangan 2.27kg) makanan asasi sesuatu tempat seperti beras dan gandum.  Atau bersamaan nilai matawang semasa pada berat timbangan tersebut.


ZAKAT HARTA

1. Zakat Harta seperti

2. Wang Simpanan

3. Emas dan perak

4. Binatang ternakkan

5. Zakat Perniagaan 


SYARAT WAJIB BAYAR ZAKAT HARTA

1. Islam

2. Sempurna Milik

3. Merdeka

4. Cukup nisab (kadar-kadar tertentu bagi jenis-jenis zakat)

5. Cukup haul ( memilikinya tidak kurang dari setahun)


KIRAAN

 2.5% dari wang simpanan dan taksiran harta dan keuntungan perniagaan (saham dan sebagainya)

2.5% dari nilai berat emas perak yang timbangan wajib zakat 85gram dan keatas


Kiraan zakat penternakkan:

LEMBU DAN KERBAU

30-39 ekor 1 ekor anak lembu jantan atau betina berumur 1 tahun

40-59 ekor 1 ekor anak lembu betina umur 2 tahun

60-69 ekor 2 ekor anak lembu 1 tahun ( 1 jantan- 1 betina)

70-79 ekor 3 ekor anak lembu jantan berumur 1 tahun

80-89 ekor 2 ekor anak lembu betina berumur 2 tahun

90-99 ekor 3 ekor anak lembu jantan berumur 1 tahun

100-109 ekor 3 ekor anak lembu 

(1 ekor betina berumur 2 tahun- 2 ekor jantan berumur 1 tahun )

110-119 ekor 3 ekor anak lembu 

(1 ekor betina berumur 1 tahun- 2 ekor jantan berumur 2 tahun )

KAMBING DAN BIRI-BIRI

40-120 ekor 1 ekor berumur 1 tahun

121-200 ekor 2 ekor berumur 1 tahun

201-300 ekor 3 ekor berumur satu tahun


Kiraan zakat Pertanian:

Biji-bijian dan buah buahan yang hasilnya diusahakan menggunakan tenaga manusia, binatang atau jentera dan perbelanjaan maka kadar zakatnya 1/ 20 (5%)

Biji-bijian dan buah buahan yang hasilnya bergantung kepada jirusan air hujan atau ditanam dilembah lembah berair, sekitaraliran sungai maka kadar zakatnya 1/ 10 (10%)


8 GOLONGAN ASNAF

1. Fakir

Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan.

2. Miskin

Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya.

3. Amil

Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.

4. Muallaf

Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya dibahagi kepada dua iaitu

Mereka yang baru memeluk agama Islam + Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah kedudukkan dan berhubungan dengan ketua-ketua bukan islam yang sejawatan  bagi menarik dan memujuk mereka kepada islam.

5. Al-Riqab/ MERDEKA HAMBA

Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.

6. Al-Gharimin/ BEBAS PENGHUTANG

Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.

7. Fisabilillah

Mana-mana orang atau pihak yamg melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.

8. Ibnu Sabil

Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan


DALIL-DALIL

Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) 

(At-Taubah 9: 103)

Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (At-Taubah 9:34)

UJIAN HIDUP

 Harus tahu, dalam hidup tidak ada manusia yang bebas dari cobaan dan ujian. Tugas kita ialah untuk mempersiapkan diri bagi menghadapinya. Orang yang lebih bersedia menghadapi situasi buruk, jatuhnya lebih elegan berbanding orang yang samasekali tidak menjangkakan ujian-ujian akan menimpanya.

Pada awalnya, kita mungkin merasa sedih, atau memprotes, why me ? Tetapi setiap ujian itu datang, adalah untuk meningkatkan jati diri dan menjadikan kita lebih dewasa. Segelap gelapnya hari hujan, rebut dan petir, Tuhan sedang mempersiapkan kita untuk hari esok yang lebih terang, yang lebih cemerlang. 

Apa pun terjadi, berfikiran positif , semua takdir yang terjadi telah pun tertulis. Oleh itu, Berserah diri kepada Tuhan, redha dengan apa yang berlaku. Pada waktu sebegini, fokus pada mendominasikan sikap baik dan pribadi mulia dalam hidup kita. Tidak ada orang bebas dari cobaan, ujian datang untuk menguji iman. Oleh itu FOKUS untuk menjadi orang yang lebih baik imannya.

Carilah jalan untuk menembusi masalah itu, dan jangan duduk menikmati sakitnya jatuh, sedihnya hati, why me? Kerana ia adalah pintu kekufuran. Mundur (keluarkan diri dari masalah dan melihat pandang dari sudut penasihat) dan cari jalan keluar. Jadilah anda Hero kepada diri sendiri. Dunia bertambah baik dengan wujudnya ramai orang yang mampu memcari jalan keluar dari masalah dengan cara mulia.

TUJUAN HIDUP

 KEMANAKAH KITA HENDAK PERGI ? 

UNTUK APA KITA HIDUP DI DUNIA ?

Tidak Allah ciptakan manusia ini melainkan dengan tujuan untuk beribadah kepada Nya. Oleh itu kita semua menuju arah yang sama kehidupan dunia Cemerlang untuk dipetik hasilnya Di Akhirat Kelak. Ibarat didunia ini kita menanam biji benih , disiram, dibaja, dididik sehingga tumbuh menjadi anak kecil, menahan kuatnya perubahan cucaca, menjadi dewasa besar merimbun, diakhirat kita petik buah-buah kejayaan yang baik.

Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membangunkan agama Islam yang meliputi kehidupan dunia dan akhirat yang cemerlang). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar.

(An-Nisaa' 4:74)

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)”. 

[Al-Jumuah: 10]

Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan , juga bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak, samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu tumbuh segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya menjadi kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan  di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah. Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. 

(Al-Hadiid 57:20)

Dan ketahuilah, amal yang paling banyak pulangannya setelah kewajipan (solat 5 waktu, puasa, zakat, haji) adalah berbuat kebaikkan dan amal kebajikan serta mengingati Allah. Biasa kita menumpukan ibadah untuk diri sendiri tetapi mengabaikan ibadah melakukan kebaikkan sesama manusia. Seimbangkan Ibadah dan amal kebaikkan.

Contoh seseorang yang menyapu sampah di tepi jalan untuk memudahkan orang ramai atau dia yang membasuh pinggan yang kepunyaan orang lain dengan ikhlas dicatat ditempat naik amal 100-150 pahala. Bayangkan jika anda adalah seorang penyelesai masalah masyarakat, contoh seorang doctor yang merawat penyakit, seorang guru yang mengajar ilmu, seorang pakar ekonomi yang menjaga kestabilan ekonomi negara. Berapa banyak kebaikkan yang anda lakukan ? 

Oleh itu seimbangkan antara ibadah sendiri dan amal kebaikkan dan kebajikkan.

APAKAH KEISTIMEWAAN ATAU MINAT MENDALAM ANDA ?

Setiap dari kita mempunyai satu atau lebih keistimewaan yang dikurniakan Allah , jika dibangunkan akan menjadi asset yang berharga. Biasanya ia berkait rapat dengan Passion (Minat). Contoh ada orang mampu menganalisis dengan tajam, maka dia terlibat dalam bidang Analisa.  

BAGAIMANAKAH UNTUK MENCAPAI TUJUAN HIDUP?

Langkah Langkah yang perlu diambil ialah dengan membuat perancangan rapi yang dipanggil menulis skrip kehidupan, disertakan pencarian ilmu-ilmu berkaitan, peka terhadap pengalaman hidup dan usaha tindakkan jitu yang istiqamah dan tidak kenal jemu mengikut apa yang telah dirancangkan.

Contoh Ibadah. Belajar mengerjakan solat dengan betul. Hukum Hakam, Ilmu Fardhu ain dan Fardhu Kifayah. Contoh Amal Kebaikkan, saya ingin menjadi seorang doctor. Apakah keperluannya? Keputusan peperiksaan yang cemerlang yang melayakkan saya ke university dalam bidang tersebut seterusnya dapat membantu masyarakat menyelesaikan masalah kesihatan. Menuju kecemerlangan tersebut, saya harus menjadi pelajar yang rajin, selalu mengulangkaji pelajaran dan membina minat serta pengetahuan berkaitan. Mengingati Allah membangun peribadi cemerlang oleh itu, saya khususkan waktu untuk berzikir dan bertasbih mengingati Allah pagi petang dan malam.

TUHAN KITA ALLAH

 Izinkan saya memperkenalkan Tuhan sekalian alam, Tuhan kami dan Tuhan kamu, Tuhan yang satu, tiada Tuhan lain selain diri Nya. Dia adalah ALLAH yang Maha Esa dan Maha Pencipta, yang memulai penciptaan segala sesuatu, menjadikan apa yang ada di bumi dan di langit wujud. 

AL-QURAN

Katakanlah : "Wahai Ahli Kitab (Para Nabi, Alim Ulama Yahudi, Nasrani, Islam), marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan Tuhan-Tuhan selain Allah (dipuja dan didewakan)". Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang muslim". 

(A-li'Imraan 3:64)

MENGENAL TUHAN MELALUI ASMANYA ?

DIA lah ALLAH Tuhan kami dan Tuhan kamu, Tuhan yang Maha Esa, tiada Tuhan selain Nya, DIA tidak punya anak dan isteri, tidak pula ada sekutu-sekutu bagi Nya.

ALLAH Tuhan langit dan bumi. Tuhan Timur dan Barat serta pemilik Arsy yang mulia. Tuhan yang memulai penciptaan setiap segala sesuatu. Tuhan yang mencipta dirimu dan mengetahui perihal setiap makhluk Nya.

  • Orang yang mengenal Tuhan dan mempunyai hubungan baik dengan Tuhan, jiwanya damai dan tenang.
  • Orang yang Jelas dia mempunyai Tuhan yang maha pemurah, dadanya tidak sempit ketika susah.
  • Orang yang Jelas dia mempunyai Tuhan yang maha pengampun, jika bersalah dia tahu pasti ada jalan untuk Kembali (bertaubat).
  • Orang yang Jelas Tuhannya maha Mengetahui, dia mempunyai tempat untuk mengadu kebingungannya dan memohon petunjuk.

Bersyukurlah kepada Nya atas nikmat yang dilimpahkan. Dan ingat lah Allah, nescaya Allah ingat kepadamu, berdoalah dan dirikan solat 5 waktu, dan mohon ampunlah sebelum waktu subuh, moga moga setiap hari memulakan hidup dengan lembaran putih baru.

TOLONG MENOLONG

 Sikap tolong menolong dalam agama Islam sangat digalakkan, kerana mustahil untuk manusia hidup seorang diri tanpa bantuan sekeliling. Oleh itu hendaklah kita ringan tangan.

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: 

“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutup aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu suka menolong saudaranya. Barang siapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, pasti Allah memudahkan baginya jalan ke surga. Apabila berkumpul suatu kaum di salah satu masjid untuk membaca Al Qur’an secara bergantian dan mempelajarinya, niscaya mereka akan diliputi sakinah (ketenangan), diliputi rahmat, dan dinaungi malaikat, dan Allah menyebut nama-nama mereka di hadapan makhluk-makhluk lain di sisi-Nya. Barangsiapa yang lambat amalannya, maka tidak akan dipercepat kenaikan derajatnya”. 

(Hadith Riwayat Muslim)

“….Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya”. 

[Al Ma”idah:2]

 “Allah senantiasa menolong seorang hamba selama hamba tersebut menolong saudaranya.” (HR. Muslim no. 2699)


MENOLAK MENGHULUR PERTOLONGAN ATAS NAMA ALLAH ? 

Kadang-kadang Tuhan hantarkan makhluk-makhluknya yang dalam kesusahan meminta tolong samada berbentuk sokongan, material, pendapat dan sebagainya. Tetapi jawapan baik yang selalu diberi "Tuhan ada janganlah bimbang, Tuhan pasti menolongmu, bertawakkal lah kepada Allah".

Benar menolak, orang yang meminta-minta dengan perkataan yang baik itu adalah satu kebaikkan. Tetapi jika kita dapat menghulur pertolongan itu lebih baik. 

Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.

 (Al-Baqarah 2:263)

Sikap menolak menghulur pertolongan sedangkan kita mampu untuk menolong orang dalam kesusahan , ditempelak Tuhan dalam firman Nya.

Dan apabila dikatakan kepada mereka:" Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu", berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman : " Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata". 

(Yaa Siin 36:47)

TIDAK SEMUA ORANG ATAU PERKARA DILAYAN SAMA

 Menganggap penting orang yang tidak penting. Meletakkan diri sendiri dalam kebingungan, terasa sempit dada. Tidak semua orang harus diperlakukan sama. Tidak semua hal dianggap penting. Orang itu ada dua macam 1) Orang yang membawa rahmat 2) Orang untuk diambil pelajaran. 

Sebahagian besar orang yang kita temui dan kebanyakkan hal yang kita hadapi harus diabaikan, dianggap tiada kaitan, tidak penting move on. Hanya yang tinggal dilinkungan kita, diambil berat orang-orang yang membawa rahmat. Yang hadirnya mereka menjadikan kita lebih baik, hidup terasa penting, bernilai, bahagia dan beriman.

Mengapa  menganggap penting orang yang tidak sehalatuju ? Hadirnya membingungkan, jika kita tidak diperlukan dibuang, menyebabkan kita dari yakin menjadi tidak yakin. Menyibukkan diri dengan orang seperti ini mengurangkan kemampuan kita untuk menyayangi atau ambil peduli tentang orang atau perkara -perkara yang lebih penting, hadirnya membawa kebaikkan dan membawa rahmat.

Oleh itu FOKUS, pilih yang mana penting dan tidak penting.


TEMAN MEMBAWA RAHMAT

Bergaullah dilinkungan yang baik, bersemangat dan membawa rahmat. Kerana jiwa manusia mempunyai aura yang berjangkit. Baik niatnya, Baik tingkahlakunya, maka Baik masyarakatnya. 

Mengapa penting hidup disamping orang-orang baik? 

Kerana, mereka bukan saja boleh menjadi teman berbicara, berkongsi idea dan pengalaman, malahan saling tolong menolong dan saling menasihati. Jika ada diantara kita yang terjun kedalam air terkapai kapai kelemasan, ada teman yang dapat menarik keluar. Jika ada yang menyalakan api, ada yang memadamnya. 

Jangan tinggal dilinkungan, yang seorang terjun ke laut, ramai ramai ikut terjun juga. Lemas semua. Seorang nyalakan api, ramai ramai tiupkan. Satu kampung rentung.

Kebaikkan itu bukan bermula dari hati, tetapi bermula dari lingkungan asuhan. Anak kecil itu lahir tidak mengenal apa apa, lalu dia belajar dari linkungan tempat dia dibesarkan, membentuk hati, akal dan akhlaknya. Dari asuhan itu, maka lahirlah hati yang bermacam macam. 

Beruntung orang yang melakukan pembaikkan dengan menuntut ilmu, mencari halatuju kehidupan , membangun pribadi mulia seterusnya berubah menjadi lebih baik. Rugilah orang yang hanya bergantung pada linkungan untuk menjadi baik.

( Because of you my frenz, I laugh a little harder, cry a little less, and smile a lot more.)

SIAPA TEMAN YANG BAIK?

Iaitu hamba-hamba Allah yang pengasih dan penyayang, yang Amanah dan jujur, yang mementingkan sahabatnya seperti dirinya sendiri, yang saling menasihati ke arah ke baikkan. Yang taat dan soleh. Saling Tolong menolong. Yang jatuh bangun bersamamu. Yang menjaga airmuka sahabat dihadapan orang ramai. Jika dia ingin menasihatimu, dilakukan dalam keadaan tersembunyi hanya engkau dan dia. Yang membenarkan perkataanmu. Mengelak untuk berbalah denganmu.

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).

(An-Nisaa' 4:69) 

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah.

(An-Nisaa' 4:139)

Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-orang kafir (musyrik) teman rapat mereka. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal di dalam azab (neraka). 

(Al-Maaidah 5:80)

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran dari Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

(Az-Zukhruf 43:36)

Pada hari ini, setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu, kerana sesungguhnya kamu dan teman-teman kamu itu tetap menderita bersama-sama di dalam azab.

(Az-Zukhruf 43:39)

Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama , dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

(Al-Mumtahanah 60:9)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dalam kubur.

(Al-Mumtahanah 60:13)

TEGAS ATAU MENGALAH

Jika dalam sesuatu hal kita bersikap tegas dan berkeras kerana ianya benar, tetapi keadaan menjadi buruk, apakah perlu kita mengalah sahaja supaya hidup aman. Jawapannya,  apakah punca masalah? Bertegas tidak semestinya dengan jalan yang keras. Apakah dengan mengalah, akan aman jiwa ? Tentu tidak.

Kita perlu jelas, dalam sesuatu hal apakah kebenarannya. Dan mencari cara atau jalan penyelesaian yang tepat dalam mencapai tujuan tersebut. 

Contoh Ali dan Ahmad sedang menuju ke Bethalahem, Ali mencadangkan jalan A tetapi dibantah sesungguhnya oleh Ahmad yang merasakan jalan B terbaik. Ali hakikatnya mengetahui dengan benar jalan A lebih selamat dan lebih singkat waktunya. Apa perlu Ali mengalah begitu sahaja. Bertenang dan cuba cari jalan bagaimana dia dapat berbicara dengan aman kepada Ahmad, disertai hujah yang kukuh serta tutur bicara yang aman.

Contoh A ingin menyampaikan ilmu, dan sememangnya kita seorang yang berilmu, namun jika Caranya buruk. Dia dianggap tidak berilmu, lagi tidak dihormati. Oleh itu yang penting adalah CARA NYA. Cara yang baik, orang akan menghormati. Biasanya orang yang dihormati, mempunyai hubungan yang baik dengan Tuhan. 

Dengan jalan apakah kita mampu mencapai hubungan baik dengan Tuhan? Dengan jalan mengikuti kebenaran, kesabaran, redha, ikhlas, tawakkal dan kasih sayang. 

TAWAKKAL

Tawakal (bahasa Arab: توكُÙ„‎) atau tawakkul berarti mewakilkan atau menyerahkan. Dalam agama Islam, tawakal berarti berserah diri sepenuhnya kepada Allah dalam menghadapi suatu pekerjaan, atau menanti akibat dari suatu keadaan.

Sebagai rumusan definisi tawakkal sebagai berikut, "Tawakkal ialah berserah diri dan berteguh hati dengan kesabaran yang baik kepada Allah swt tatkala menghadapi suatu pekerjaan, ujian, kesukaran, kezaliman disertai jiwa yang tenang dan tenteram. Dan tidak memberontak.

Kenapa kita perlu Yakin sepenuhnya kepada Allah. Ini kerana, Allah memegang ubun-ubun setiap makhluknya, Allah sangat dekat dan memahami kesukaran, kemampuan dan permohonan makhluknya. Dia lah Sang Pencipta yang mencipta segalanya. Segala kekuasaan langit dan bumi dalam tangan Nya. Oleh itu mengapa kita tidak berpegang teguh kepada Nya.

Disaat kita goyah, ingatlah suatu ketika dulu kita pernah menghadapi kesukaran. Sulitnya keadaan, tiada siapa atau apa pun yang dapat menolong. Tiba tiba Allah hantarkan pertolongan Nya. Oleh itu, atas sebab apakah kini tidak bertawakkal? Kembali lah kepada Allah, Tuhan yang mencipta dirimu dan janganlah kita berputus asa, sedangkan kita masih ada Allah untuk berdoa.

Tawakkal orang awam dan Tawakkal orang beriman (khusus) itu berbeza dan berbeza pula rahmat Nya. Contoh orang awam percaya ubat sakit gigi dapat menhilangkan sakit (hanya sementara, begitulah nikmat dunia). Orang beriman (khusus) yang dia pernah melalui beberapa ujian berat yang menyebabkan diri hanya bergantung harap pada Allah, dia percaya Allah dengan kekuasaan Nya dapat mencabut rasa sakit itu dan nikmat hilangnya sakit itu lebih baik.

Tawakkal tidak menhalang orang beriman berusaha. Orang beriman, dia melakukan sesuatu atas dasar ikhlas bukan ada sebab musabab lain. Contoh Kalau hendak pandai belajarlah dan bertawakkal. Ada orang salah faham, jika Allah mengkehendaki aku pandai, maka Allah lah yang membuatkan aku pandai. Itu bukan tawakkal, boleh dihitung rasa malas untuk berusaha, dan hanyalah mencari alasan.

Sesungguhnya syaitan tidak mempunyai kekuasaan ke atas orang orang yang beriman dan bertawakkal kepada Allah, kerana Orang beriman berserah diri, redha kepada Allah, dan telah menetapkan Allah adalah pelindung dan penolong baginya, dan dia tidak mudah kecewa kerana mempunyai sangkaan baik terhadap Tuhannya.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal".

(At-Taubah 9:51)

TAUBAT

 Setiap dari manusia ada membuat salah-silap. Namun ketahuilah kalian mempunyai Tuhan yang Maha Pengampun. Oleh itu, BERTAUBAT dengan bersungguh-sungguh, Mohon lah Ampun kepada Nya. Dengan niat tidak mengulangi lagi kesilapan dosa-dosa lalu. Solat Taubat dan Istifar setiap hari, terutamanya selepas waktu solat.

Dan jangan lah kita hidup bingung mengenang hari semalam.  Kerana hidup mengenangkan kesedihan kesilapan kebingungan lalu hanya akan membuat hari ini tidak melangkah ke mana mana. Sedangkan waktu berdetik terus ke hadapan tidak menunggu. Adalah lebih baik, waktu yang ada itu dimanfaatkan untuk melakukan ibadah, mengerjakan kebaikkan.

Dalam Islam ada mengajar, mohonlah ampun sebelum waktu Subuh, Moga Diampunkan semua kesilapan hari semalam dan memulakan hari ini dengan Lembaran putih yang baru. Anda hanya FOKUS tentang pencapaian hari itu.


Apa yang anda hendak lakukan hari ini?

Menjadi lebih baik dari hari semalam

Rutin ibadat. Apa yang hendak dilakukan.Senaraikan

Solat 5 waktu diawal waktu dan wirid selepas solat

Dhuha Tahajud

Berzikir pada pagi dan petang sebahagian malam dan waktu-waktu lapang.

Membaca Al Quran Pagi satu surah, Malam satu surah. 

Mempunyai Jadual Rutin Kehidupan harian.


Pencapaian kerja. Aktiviti apakah? Nyatakan

Aktiviti kerja anda. Menjaga hubungan baik sesama pekerja. Meningkatkan hasil kerja menjadi lebih baik. Bertemu dan bertanya khabar tetamu, pelanggan dengan lebih perhatian. Jikan suri rumah, membersihkan bilik tidur, menyediakan sarapan, mengemas rumah, menyapu sampah. Mengemas laman. Menyiram pokok. Memberi makan binatang peliharaan. Membasuh pinggan mangkuk. Membasuh baju.

Berbakti pada keluarga. Nyatakan

Membuat minuman untuk pasangan yang baru balik kerja. Menyapa anak-anak dan bertanyakan hari sekolah mereka. Meluangkan waktu ke masjid bersama anak-anak pada waktu maghrib dan isya.  Bermain bersama-sama pada waktu petang. Membantu mereka membuat kerja sekolah.

Hobi dan Minat. Bila dan apakah yang hendak dilakukan?

Menanam pokok. Menghias laman. Membaca buku. Membuat idea-idea kreatif DIY. Sesuatu yang bermanfaat dan menhilangkan tekanan, ceria gembira bertenaga.

Pembangunan Diri, membentuk pribadi cemerlang. Nyatakan.

Menonton video motivasi cemerlang. Mendengar ceramah agama. Membaca buku buku ilmiah, motivasi, ilmu. Mendalami ilmu dalam kepakaran dengan menghadiri kursus.

Hargai hidup anda. Berusahalah mendekatkan diri kepada Allah. Orang yang hampir kepada Tuhan Nya, menemui kedamaian didalam jiwa. Berfikiran positiflah dan teruskan mempercayai yang anda boleh melakukan hal yang lebih baik hari ini dari semalam dan Bertawakkal serta berserah diri kepada Tuhan. Redha dan Sabar serta disertai Syukur.

TAKWA DAN MARTABATNYA YANG TINGGI

 Diantara darjat yang paling tinggi, adalah darjatnya orang bertakwa. Orang beriman Orang beramal soleh, Orang yang melakukan kebajikan diseru untuk bertakwa. 

APAKAH TAKWA?

TAKWA adalah satu amalan atau tatacara hidup yang membersihkan, menyucikan manusia dari jurang jurang dosa, dari kemungkaran. Dalam perkataan yang lebih mudah tunduk patuh kepada segala suruhan Nya, meninggalkan segala larangan Nya dan tidak mencampur aduk dosa dan pahala.


Sikap orang bertakwa:

1) Merasakan Allah selalu mengawasinya, oleh itu tidak lah dia pura pura soleh dihadapan orang beriman, dan apabila dalam keadaan tersembunyi bermaksiat atau berlaku mungkar.

2) Orang yang Lurus, tidak berhelah atau mempunyai tipu daya. 

Contoh:  hutangnya RM 10, dibayar RM 10 bukan "Pak saya bayar RM 9, yang RM 1 itu halal". Contoh : pakaian menutup aurat itu baik,namun pakaian takwa itu lebih baik. Memakai jubah itu baik, tapi warnanya terang, berbunga bunga, berenda renda sehingga menarik dan menawan hati orang yang melihat. Pakaian ini tidak mencapai derajat Takwa.

3) Orang yang hidupnya dengan kalimat, "Aku Taat dan Aku Patuh", tidak memberontak, tidak bertanya mengapa hukumnya begitu dan begini. 

4) Orang yang berlaku Adil. Meletakkan segala sesuatu pada tempatnya. Sikap adil telah hampir dengan takwa.

5) Orang yang mampu menahan amarah dan memaafkan.

6) Orang yang bersabar dan bertawakkal kepada Allah. Hidup tidak selalunya baik, contohnya dalam perang, dalam keadaan luka dan teraniaya dan dia bersabar dan bertawakkal kepada Allah.

7) Orang yang beriman dengan rukun iman, sedekah harta yang disayanginya, mengerjakan solat, menunaikan zakat dan menyempurnakan janji.


RUMUSAN

TAKWA adalah membersihkan diri, hati, amalan, ibadah dari segala dosa-dosa, keraguan, ketidak ikhlasan, ketidak adilan dan berlaku lurus. Serta melakukan ibadah dengan baik. Allah menyediakan negeri Akhirat dengan balasan yang besar dan baik untuk orang bertakwa. Dan kesudahan yang baik itu hanyalah untuk orang orang bertakwa.

SYIRIK

Belenggu dan rantai dipasungkan dileher mereka, sambil diseret ke dalam air panas menggelegak dan dibakar di neraka.

Tidakkah engkau melihat dan merasa hairan terhadap orang-orang yang membantah mengenai maksud ayat-ayat Allah, bagaimana mereka telah dipalingkan (dari kebenaran)?

(Ghaafir 40:69)

Iaitu orang-orang yang mendustakan Al-Quran dan segala yang dibawa oleh Rasul-rasul Kami yang telah Kami utus; maka mereka akan mengetahui kelak.

(Ghaafir 40:70)

Kemudian dikatakan kepada mereka: "Mana dia berhala-berhala yang kamu dahulu sekutukan - (Ghaafir 40:73)

Ketika belenggu dan rantai dipasung di leher mereka, sambil mereka, diseret.Ke dalam air panas yang menggelegak; kemudian mereka dibakar dalam api neraka;

(Ghaafir 40:71-72)

"Sekutu selain Allah?" Mereka menjawab: "Benda-benda itu telah hilang lenyap dari kami, bahkan yang sebenarnya kami dahulu tidak pernah sekutukan sesuatu pun (dengan Allah)". (Sebagaimana Allah menjadikan mereka sesat), demikian pula Allah menyesatkan orang-orang yang kufur ingkar.

(Ghaafir 40:74)

Kemudian tidaklah ada akidah kufur mereka selain dari mereka menjawab dengan dusta: "Demi Allah Tuhan kami, kami tidak pernah menjadi orang-orang yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)".

(Al-An'aam 6:23)

JALAN KEMBALI

1) Beriman kepada Allah dengan sebenarnya. Kekuasaan dilangit dan dibumi semuanya milik Allah. Dia beri kekuasaan kepada orang/kerajaan/utusan tertentu. Patutkah kita menyembah atau berdoa kepada utusan atau kepada Allah.

Contohnya, berselawat 1000x dimurahkan rezeki. Menyembah utusan kah untuk beri anda rezeki. Berselawat tidak salah malah disuruh, tapi hanyalahdengan niat  ikhlas ke atas baginda Rasulullah saw. Apabila berhajat sesuatu, kita memintanya kepada Allah.

2) Samakah ayat Al Quran dengan hadis mahupun ijtihad ulama atau kitab kitab karangan manusia. Apabila berhujah hendaklah dalil-dalil dari ayat ayat Al Quran kemudian disokong penjelasan dari sumber lain. Ayat Al Quran adalah firman Tuhan, tiba tiba ia menjadi kitab yang dilempar ke belakang. Patutkah ? Beriman lah dengan sebenar benarnya terhadap ayat ayat Allah. Kelak kalian akan ditanya.

Dan apabila datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah, yang mengesahkan apa yang ada pada mereka, sebahagian dari orang-orang yang telah diberikan Kitab itu melemparkan Kitab Allah ke belakang mereka, seolah-olah mereka tidak mengetahui (kebenarannya).

(Al-Baqarah 2:101)

SUMPAH LAKNAT DHULQARNAIN

 MUNCULNYA RAJA DHULQARNAIN

Dari dulu sampai sekarang orang hanya mampu menyatakan teori, konspirasi dan tekaan siapakah Raja Dhulqarnain yang sebenarnya. Ada yang mengatakan Raja Dhulqarnain seorang Nabi, Rasul atau Malaikat. Raja Dhulqarnain sebenarnya Nabi Yusuf As anak kepada Nabi Yaakob As bersama Ratu Saba. 

Baginda kemudiannya dilantik Al-Aziz menjadi Raja Dhulqarnain Raja yang berkuasa dibumi, Nabi Daud As dilantik Al-Aziz menjadi Raja Alam Semesta, Raja yang berkuasa dialam ghaib, manakala Malaikat Jibril As dilantik Al-Aziz sebagai Raja Para malaikat . Raja Dhulqarnain mula berkuasa pada 21th century sehingga kiamat. Baginda lahir hidup mati dan dilahirkan semula oleh Allah zaman, berzaman. OLeh itu hendaklah kalian mengetahui, kita hidup dibawah pemerintahan Raja Dhulqarnain.

Diantara tindakkan Raja Dhulqarnain yang terkenal:

1) Baginda memerintahkan ke atas sekalian makhluk untuk solat 5 waktu, berpuasa dibulan Ramadhan, membayar zakat, mengerjakan amal kebaikkan dan kebajikkan serta mengerjakan amal Soleh, saling menasihati dengan kasih sayang, berzikir mengingati Allah, tidak melakukan sebarang kesyirikkan dan  memohon ampun kepada Allah setiap hari sebelum waktu Subuh.

2) Raja Dhulqarnain dengan pertolongan Al-Aziz menginstall hukum Al-Quran kedalam diri setiap makhluk, oleh itu setiap insan akan dibalas secara automatik ke atas semua amal kebaikkan dan amal kejahatan yang mereka lakukan.

3) Sumpah Laknat Dhulqarnain. Dengan pertolongan Al-Aziz sesiapa yang menganiaya dan menentangnya akan diheret ke neraka secara automatik. Dan Sumpah Laknat Orang Beriman, sesiapa yang menganiaya orang beriman, mereka hanyalah menganiaya diri mereka sendiri dari mula hingga akhir dan selama-selamanya. Mereka hanyalah mengazab diri sendiri.

DALIL AL-QURAN

Berat Azab yang menimpa orang-orang yang menentang ALLAH dan Rasul- Nya

(Perintah) yang demikian ialah kerana sesungguhnya mereka menentang Allah dan RasulNya; dan sesiapa yang menentang Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya.

(Al-Anfaal 8:13)

Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang (perintah-perintah) Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya adalah baginya neraka Jahannam serta ia kekal di dalamnya? Balasan yang demikian adalah kehinaan yang besar

(At-Taubah 9:63)

Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka tetap ditimpa kehinaan sebagaimana orang-orang yang terdahulu dari mereka ditimpa kehinaan; kerana sesungguhnya Kami telah menurunkan keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang menghina,

(Al-Mujaadalah 58:5)

Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka termasuk dalam golongan yang amat hina.

(Al-Mujaadalah 58:20)

CARA MENGERJAKAN SOLAT

CARA MENGERJAKAN SOLAT

Pertama Mengambil Wudhu.


FARDU MENGAMBIL WUDUK

Fardu Wuduk ada enam perkara

1) Pertama : Niat.

Iaitulah berniat dalam hati ketika membasuh sebahagian muka.membaca lafaz adalah sunat.ucapan niat:

“ Sahaja aku berwuduk bagi mengangkat hadas yang kecil kerana Allah Taala”

2) Kedua : Membasuh muka

Iaitu membasuh dari sekeliling tempat tumbuhnya rambut kepala hinggga ke bawah dagu dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri.

3) Ketiga : Membasuh kedua tangan hingga kesiku dimulai dengan tangan kanan kemudian tangan kiri.

4) Keempat : Membasuh atau menyapu sebahagian dari kepala. Sekurang-kurangnya membasahkan 3 helai rambut dikepala.

5) Kelima : Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali dimulai dari kaki kaki kemudian kaki kiri.

6) Keenam : Tertib iaitu melakukan wuduk mengikut turutan dan berturut-turut.


SYARAT-SYARAT WUDUK

1. Beragama islam

2. Mumaiyiz iaitu seseorang yang telah dapat membezakan antara yang bersih dengan yang kotor.

3. Suci dari haid dan nifas

4. Dengan air yang suci lagi menyucikan

5. Tidak ada sesuatu yang dapat menghalang air sampai kekulit (anggota wuduk) seperti getah,minyak dan sebagainya.

6. Mengetahui yang mana wajib dan yang mana sunat


SUNAT-SUNAT WUDUK

1. Membaca Bismillah

2. Membasuh kedua tangan sehingga ke pergelangan tangan

3. Berkumur-kumur

4. Memasukkan air kehidung

5. Menyapu seluruh kepala

6. Menyapu air kedua-dua telinga luar dan dalam

7. membasuh tiap-tiap anggota wuduk tiga kali

8. Tidak bercakap-cakap ketika berwuduk

9. Bersugi

10. Membaca doa selepas berwuduk


PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDUK

1. Keluar sesuatu dari dua jalan iaitu qubul dan dubur seperti kentut,kencing dan sebagainya.

2. Hilang ingatan dengan sebab gila atau pitam atau tidur yang tidak tetap kedudukannya

3. Bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.

4. menyentuh kemaluan dengan tapak tangan ataau perut anak jari.samada kemaluan sendiri atau orang lain.


DOA setelah wudhu:

Aku bersaksi tidak ada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa. Tidak ada sekutu untukNya. Aku bersaksi juga bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan utusanNya.

Ya Allah, jadikan aku daripada golongan orang yang bertaubat kepadaMu. Dan jadikanlah aku daripada golongan orang yang bersih. Dan jadikan aku daripada golongan hambaMu yang soleh.


Seterusnya Mengerjakan solat

QIYAM. Berdiri menghadap kiblat (Kearah kaabah Masjidil Haram).

NIAT. dalam hati. Contohnya: Sahaja Aku Solat Fardu Zohor 4 Rakaat Tunai Kerana Allah Taala

TAKBIR. Angkat kedua belah tangan separas telinga.


Kemudian sebutkan “Allahuakbar!

Selepas mengangkat takbir, tangan diletakkan diatas perut. Letakkan tangan kanan di atas tangan kiri dan wajah memandang ke arah tempat sujud. Bacalah doa iftitah.

Baca AL_FATIHAH Dan Seterusnya Surah Lain. Surah al-Fatihah adalah rukun dalam solat. WAJIB dibaca dalam setiap rakaat. Jika tidak solat tidak sah.

Kemudian RUKUK .Semasa rukuk, ucapkan takbir (Allahuakbar) dan letakkan kedua belah tangan di atas lutut.

IKTIDAL. Setelah selesai rukuk, seterusnya kita akan bangun berdiri tegak (iktidal). Ucapan semasa iktidal adalah seperti berikut:

SUJUD Pertama.

Setelah iktidal, seterusnya kita akan sujud.  Cara sujud adalah: Bertakbir (Allahuakhbar) dan turunkan badan dengan dahi, hidung, kedua belah tapak tangan dan ibu jari kaki menyentuh lantai. Buka lengan dari sisi badan dan lantai.

Duduk Antara Dua Sujud

Setelah itu, bangun (duduk) dari sujud sambil menyebut “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan).

Fasa ini dipanggil “duduk di antara dua sujud”

Bacaan paling mudah semasa duduk antara dua sujud adalah:


SUJUD Kedua

Selesai membaca tasbih di atas, maka sujudlah sekali lagi (sujud kedua). Bertakbir (Allahuakbar) lalu sujud sekali lagi.

Kedudukan dan bacaan tasbihnya adalah sama seperti sujud pertama. Dengan ini, sudah selesai bahagian rakaat pertama dalam solat.

Sekarang bangun berdiri untuk Rakaat Kedua.

Pergerakan dalam rakaat kedua sama seperti rakaat pertama, kecuali selepas sujud kedua anda tidak perlu terus bangun tetapi duduklah pada kedudukan tasyahud (Tahiyat awal)


DUDUK TAHIYAT. 

Cara duduk tasyahud adalah seperti berikut: Duduk di atas kaki kiri dengan ibu jari kaki kanan ditegakkan. Telapak tangan kanan digenggam melainkan jari telunjuk kanan diluruskan.

Bacaan Tahiyat  awal dan akhir adalah seperti berikut:

Untuk solat tiga rakaat (Maghrib) dan solat empat rakaat (Zohor, Asar dan Isyak), anda perlu bangun berdiri kembali selepas selesai baca tahiyat awal, untuk meneruskan rakaat seterusnya. Rakaat ketiga untuk solat maghrib teruskan dengan Tahiyat akhir setelah sujud kedua.

Bagi solat zohor, asar dan isya Rakaat ketiga seperti rakaat pertama. Rakaat ke empat duduk tahiyat akhir setelah sujud kedua, setelah bacaan Tahiyat berdoalah minta dijauhkan dari Fitnah Al masih Dajjal, Fitnah Kehidupan dan Fitnah Kematian.

SALAM. Selesai membaca tahiyat akhir, palingkan muka ke sebelah kanan dan ucapkan: “Assalamu alaikum wa rahmatullah”. kedua ulangi salam dengan memalingkan muka ke sebelah kiri dengan ayat yang sama.

CONTOH TATACARA SOLAT BERGAMBAR

SIKAP TERHADAP MANUSIA

 1. Apakah kita sedar mengenai sikap kita terhadap diri sendiri dan orang lain? Apakah selama ini saya telah menyusah diri sendiri dan orang lain.

2. Setakat manakah kita sudah memahami orang lain?

3. Janganlah kita menghina diri sendiri mahupun orang lain. 

4. Manusia suka pentingkan diri sendiri, hendaklah belajar untuk mementingkan perasaan dan hidup orang lain. 

5. Manusia sering merasa diri baik, ketahuilah diatas orang baik itu ada orang yang lebih baik dan segala kebaikkan itu milik Allah. Oleh itu merendahlah dan merasakan semua orang lebih baik dari kita. 

6. Manusia suka dihargai tetapi sukar menghargai. Oleh itu belajarlah untuk mengucapkan terima kasih, dan mendoakan kebaikkan kepada mereka. 

7. Manusia suka dipuji tetapi kedekut untuk memberi pujian. Oleh itu belajarlah untuk memberi pujian yang baik, tidak membuat orang tinggi diri. Contoh Terima kasih kepada ibu Nina yang baik hati.

8. Manusia suka orang mendengar ceritanya tetapi dia tidak mendengar orang lain bercakap. Jadilah pendengar yang baik, diam apabila orang bercakap, senyum, jangan mencelah, dengar dengan khusyuk, minat, simpati dan empati.

9. Manusia suka mendengar perkataan yang baik tetapi tidak mengamalkannya. Oleh itu belajarlah untuk berbicara dan menulis komentar dengan ucapan, dan tutur kata yang baik, tidak menyingung perasaan orang lain.

10. Jika perlu memberi nasihat dan teguran. Gunalah cara yang lebih baik, membina dan bukan menghancurkan, keadaan menjadi lebih teruk.

11. Berjabat tangan dengan kemas dan mesra, dan hiasilah wajah dengan senyuman.

12. Sentiasa bersangka baik terhadap orang lain.

13. Jadilah orang yang dengan kehadiran anda menyebabkan 10 orang bertambah baik, bukan kehadiran anda seorang merosakkan 10 yang lain.



SOLAT MUSAFIR (JAMA' DAN QASAR)

  SYARAT SAH SOLAT MUSAFIR Perjalanan yang jaraknya hingga 81 km dan lebih. Perjalanan tersebut tidak bertujuan tidak baik. Dalam keadaan be...