Tuesday, 9 July 2024

9 CIRI ORANG BERIMAN

 Katakanlah engkau telah Islam bukan beriman, kerana iman itu adalah sesuatu yang Mahal harganya sehingga emas sepenuh bumi tidak dapat membelinya. Tidak lah diketahui iman seseorang melainkan setelah diuji. Namun hendaklah kita memahami siapakah orang beriman pada pandangan Allah berdasarkan dalil Al-Quran. Orang beriman itu adalah mereka yang :

1) Apabila disebut nama Allah gementar hatinya

2) Apabila dibacakan Al Quran bertambah imannya

3) Orang yang berserah diri dan bertakwa kepada Allah

4) Orang yang mendirikan solat

5) Orang yang mendermakan sebahagian hartanya

6) Tidak mundur dan berpaling kebelakang dalam peperangan

7) Taat kepada Allah dan Rasul Nya

8) Orang yang berhijrah dan berjihad pada jalan Allah 

9) Dan orang orang yang menghulur pertolongan serta menawarkan tempat kediaman kepada orang orang islam yang berhijrah.


DALIL-DALIL AL-QURAN, ORANG BERIMAN

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.  

(Al-Anfaal 8:2)

Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka. 

(Al-Anfaal 8:3)

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang mara menyerang, maka janganlah kamu berpaling undur dari menentang mereka. 

 (Al-Anfaal 8:15)

Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Quran yang mewajibkan taatnya).  

(Al-Anfaal 8:20) 

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). 

(Al-Anfaal 8:45)

Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia. 

(Al-Anfaal 8:74)

Sesiapa yang beriman dengan benar kepada Allah, beribadah tanpa mensyirikkan Nya mendapat pangkat yang tinggi disisi Allah dan kemuliaan dari sisi Nya.

No comments:

Post a Comment

SOLAT MUSAFIR (JAMA' DAN QASAR)

  SYARAT SAH SOLAT MUSAFIR Perjalanan yang jaraknya hingga 81 km dan lebih. Perjalanan tersebut tidak bertujuan tidak baik. Dalam keadaan be...