Musuh hanyalah sahabat yang belum jadi. Jika dia memusuhi kita, sedangkan kita tidak memusuhinya, itu bukan Musuh. Biasa, orang yang memusuhi kita bisa menjadi sahabat paling setia, seperti Saidina Umar Al-Khattab saat sebelum dan sesudah memeluk islam. Boleh jadi orang yang kita cintai, sayangi pula, menjadi musuh paling kuat. Oleh itu janganlah terlalu membenci atau terlebih mencintai.
Hidup sederhana santai sahaja, yang penting jangan kita membuat musuh. Jika dengan bersahabat membawa lebih banyak kebaikkan tidak perlu bermusuh. Mungkin ada perasaan kurang enak, kita jarakkan sahaja agar kurang bertembung. Musuh orang beriman itu hanyalah orang-orang kafir dan munafik yang memerangi mereka. Selain itu, anggaplah saudara seiman yang belum sefaham.
Kita punya sahabat, kerana kita menganggap seseorang itu sebagai sahabat. Kita tidak bersahabat dengan semua orang, tetapi kita bertegur sapa dan berkenalan dengan ramai orang.
Untuk menjadi sahabat yang baik, hendaklah kita menjadi seorang yang pengasih dan penyayang. Pertolongan Allah biasanya mudah bagi orang yang hatinya penuh kasih sayang. Dia selalu mendoakan kebaikkan orang lain dan mudah menghulur pertolongan.
Pilih linkungan sahabat yang menjadi rahmat. Bersama mereka kita mendengar perkataan-perkataan yang baik, saling nasihat menasihati dengan kasih sayang, saling menghormati. Paling penting membawa kita dekat dengan Tuhan.

No comments:
Post a Comment