Biasanya orang-orang gemar menjaga luaran, lembut tuturnya, baik perilakunya, tidak sombong sehingga kita tertarik padanya. Alhamdulillah bagus contoh akhlak tersebut. Tetapi, sebahagiannya hanya lah kayu yang tersandar, kukuh diluar, dalam mereput menunggu roboh. Mengapa luaran dan dalaman nya tidak sama.
Hidup kita, dalaman seperti Fikiran diotak dan Bisikkan dihati jika tidak dikelola bisa merosakkan jiwa dan peribadi, bagai binatang liar, atau siluman, siang terang menjadi orang apabila gelap malam menjadi hantu. Ya, kerana merasa Fikiran dan Bisikkan itu rahsia, tiada siapa yang tahu, tertutup rapat dalam diri sendiri. Hakikatnya Tuhan maha mendengar dan hal-hal tidak baik yang difikirkan dan dibisikkan membentuk peribadi, bagai nanah yang memakan dari dalam.
Oleh itu, merendah diri secara luaran itu bisa dipraktikkan, mudah. Manusia semuanya pelakon. Topeng itu mudah ditukar. Namun untuk menjadikan ia darah kehidupan, baik dalaman dan luarannya. Sebagaimana kita berusaha menjaga tutur kata, dan tingkah laku begitulah juga kita perlu menjaga bisikkan hati dan fikiran di akal. Membersihkan diri dari dosa-dosa bathin.
Apabila mendengar bisikkan meninggi diri berbaur kesombongan atau apa saja sikap yang jelik dari dalam. Maka lawanlah fikiran dan bisikkan itu semula dengan merendahkan diri. Siapa kita untuk merasa diri mulia atau merasa aku lebih baik? Sentiasa merasakan semua orang lebih baik.
Aku bukan sesiapa. Dahulu lahir tidak kenal apa-apa. Dan jika bukan kerana pengorbanan ibu bapa yang sudi membesarkan kita dan doa mereka supaya kita jadi orang berjaya. Kita bukan siapa siapa. Apa yang kita miliki , hanyalah barang yang dipinjamkan Allah. Entah entah orang yang kita hakimi senyap-senyap dihati itu lebih baik akhlaknya, tinggi ilmunya dan baik kedudukkannya disisi Tuhan.
Lalu apa yang membuatkan kita merasa tinggi. Hakikatnya kita cuma dibawah, sama dengan tanah. Yang membolehkan kita berdiri, apatah lagi mampu berjalan, berlari dengan kuat, hasil Ehsan pengorbanan orang sekeliling.
Jangan merasa diri baik, kerana diatas orang yang baik itu ada orang yang lebih baik. Dan setiap kebaikkan itu hakikatnya milik Allah. Semakin kita ikhlas menerima, hakikatnya kita ini dihebatkan oleh Tuhan, kualiti hidup bertambah. Hati makin merendah insyaallah.
Siapa pun kita usah bercerita. Atau membiarkan orang mempopularkan tentang kita dikhalayak ramai. Kerana boleh menyebabkan rasa bangga diri, antara membuka pintu kesombongan. Hanya nyatakan siapa kita kepada situasi yang perlu. Contoh mengisi borang mohon kerja. Atau kita menasihati orang dalam bidang kepakaran kita.
Berpakaian sederhana lah, kerana orang suka melihat yang bagus-bagus, dan pandangan mereka boleh membangkitkan rasa bagga diri. Menyembunyikan diri dalam masyarakat,dilihat seperti orang kebanyakkan, tidak diketahui orang demi memelihara agama. Jadilah manusia yang tidak terangkat dipuji, tidak jatuh dikeji, hanya murka Allah yang ditakuti.

No comments:
Post a Comment