Orang yang Jelas dalam setiap perkara yang dihadapinya itu jiwanya Damai. Kerana, apa sahaja yang datang dia tahu bagaimana untuk menghadapi dan menyelesaikannya. Orang yang tidak jelas atau pengetahuannya tidak meliputi, dia menjadi gelisah kerana tidak mengetahui setelah ini apa akan terjadi ?
Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi?
(Al-Kahfi 18:68)
Orang damai, Dia dari awal telah jelas halatuju masa depan, jelas tentang tujuan dia hidup didunia untuk apa, jelas tentang rutin harian yang dijalaninya dan kemungkinan-kemungkinan yang akan dihadapi dan bagaimana pula untuk menyelesaikan hal-hal tersebut.
Oleh itu menuntut dia mencari ilmu, mendalami halatujunya. Selain itu, setiap orang yang beriman itu akan diuji, setiap manusia tidak bebas dari masalah. Oleh itu hidup ini menuntut kesabaran, pentingnya rasa syukur dan tawakkal, serta redha dngan ketentuan takdir, insyaallah orang yang menyerah diri bulat bulat kepada Allah pasti damai.
Contoh Orang yang mengetahui dia hidup didunia, untuk berjihad bagi pencapaian negeri akhirat yang diredhai dan diterima oleh Tuhan Nya. Dia tahu dunia ini tempat ujian, maka dia berusaha untuk bersabar.
Orang yang mengetahui, masa itu berharga. Dia tidak hidup mengenangkan hari semalam yang dia telah mohon ampun kepada Tuhannya pada malam hari supaya cacat cela hari semalam dimaafkan. Dia tidak hidup untuk hari esok yang belum pasti ajalnya. Dia hidup pada masa sekarang, apakah kebaikkan yang boleh dilakukan nya ketika ini, ibadah apakah yang diredhai Tuhan, tangungjawapnya pada hari ini kepada kerja dan keluarga sudahkah dilunaskan?
KETENANGAN
Sebaik-baik ketenangan itu adalah, ketenangan yang datang dari Tuhan yang memimpin hati manusia. Dengan mengingati Allah kita bisa tenang. Kerana apa saja masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh Tuhan. Dan disisi Allah itu ada malaikatyang menjadi tentera Nya. Sebaik baik tenang, adalah perasaan tenang yang Allah turunkan. Berdoalah dan berzikirlah. Berikut adalah dalil ketenangan.
Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Al-Anfaal 8:10)
Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir.
(At-Taubah 9:26)
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
(Ar-Ra'd 13:28)
Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(At-Taghaabun 64:11)
Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(Al-Fat-h 48:4)
Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain , yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya ; dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
(Az-Zumar 39:23)

No comments:
Post a Comment