Perhatikan orang yang wibawa itu apabila dia bercakap, orang orang yang mendengar bilang ia, ia, betul. Mengapa dia tidak menghadapi masalah perbezaan pendapat. Kerana orangnya tidak sembarang bicara. Selalunya diam mendengar. Kebanyakkan masa dia menyibukkan diri dengan hal-hal bermanfaat, menuntut ilmu dan sebagainya.
Dan apabila dia bercakap hanya perkara yang penting dan perlu sahaja, dan apabila dia mengeluarkan kata kata itu elegan sekali. Kata katanya teratur, sopan, suaranya jelas disertakan ilmu dan dalil yang jitu. Oleh itu siapa yang dapat membantahnya lagi.
Berusahalah untuk menghormati pendapat orang lain, berpaksikan kepada kebenaran. Dan anda harus tahu tidak semua perkara yang anda percaya adalah benar, melainkan mempunyai dalil dan hujah yang kuat. Sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan, iaitu kata sepakat, dan sependapat. Orang yang wibawa, dia mampu membuatkan lawannya rasa dimenangkan dengan jalan bijaksana bagi mengelak perbalahan

No comments:
Post a Comment