Setiap dari manusia ada membuat salah-silap. Namun ketahuilah kalian mempunyai Tuhan yang Maha Pengampun. Oleh itu, BERTAUBAT dengan bersungguh-sungguh, Mohon lah Ampun kepada Nya. Dengan niat tidak mengulangi lagi kesilapan dosa-dosa lalu. Solat Taubat dan Istifar setiap hari, terutamanya selepas waktu solat.
Dan jangan lah kita hidup bingung mengenang hari semalam. Kerana hidup mengenangkan kesedihan kesilapan kebingungan lalu hanya akan membuat hari ini tidak melangkah ke mana mana. Sedangkan waktu berdetik terus ke hadapan tidak menunggu. Adalah lebih baik, waktu yang ada itu dimanfaatkan untuk melakukan ibadah, mengerjakan kebaikkan.
Dalam Islam ada mengajar, mohonlah ampun sebelum waktu Subuh, Moga Diampunkan semua kesilapan hari semalam dan memulakan hari ini dengan Lembaran putih yang baru. Anda hanya FOKUS tentang pencapaian hari itu.
Apa yang anda hendak lakukan hari ini?
• Menjadi lebih baik dari hari semalam
• Rutin ibadat. Apa yang hendak dilakukan.Senaraikan
• Solat 5 waktu diawal waktu dan wirid selepas solat
• Dhuha Tahajud
• Berzikir pada pagi dan petang sebahagian malam dan waktu-waktu lapang.
• Membaca Al Quran Pagi satu surah, Malam satu surah.
• Mempunyai Jadual Rutin Kehidupan harian.
Pencapaian kerja. Aktiviti apakah? Nyatakan
• Aktiviti kerja anda. Menjaga hubungan baik sesama pekerja. Meningkatkan hasil kerja menjadi lebih baik. Bertemu dan bertanya khabar tetamu, pelanggan dengan lebih perhatian. Jikan suri rumah, membersihkan bilik tidur, menyediakan sarapan, mengemas rumah, menyapu sampah. Mengemas laman. Menyiram pokok. Memberi makan binatang peliharaan. Membasuh pinggan mangkuk. Membasuh baju.
Berbakti pada keluarga. Nyatakan
• Membuat minuman untuk pasangan yang baru balik kerja. Menyapa anak-anak dan bertanyakan hari sekolah mereka. Meluangkan waktu ke masjid bersama anak-anak pada waktu maghrib dan isya. Bermain bersama-sama pada waktu petang. Membantu mereka membuat kerja sekolah.
Hobi dan Minat. Bila dan apakah yang hendak dilakukan?
• Menanam pokok. Menghias laman. Membaca buku. Membuat idea-idea kreatif DIY. Sesuatu yang bermanfaat dan menhilangkan tekanan, ceria gembira bertenaga.
Pembangunan Diri, membentuk pribadi cemerlang. Nyatakan.
• Menonton video motivasi cemerlang. Mendengar ceramah agama. Membaca buku buku ilmiah, motivasi, ilmu. Mendalami ilmu dalam kepakaran dengan menghadiri kursus.
Hargai hidup anda. Berusahalah mendekatkan diri kepada Allah. Orang yang hampir kepada Tuhan Nya, menemui kedamaian didalam jiwa. Berfikiran positiflah dan teruskan mempercayai yang anda boleh melakukan hal yang lebih baik hari ini dari semalam dan Bertawakkal serta berserah diri kepada Tuhan. Redha dan Sabar serta disertai Syukur.
.png)
No comments:
Post a Comment