Wednesday, 10 July 2024

ZAKAT

 Zakat tergolong kepada dua jenis

1) ZAKAT BADANIAH : iaitu zakat tubuh badan atau zakat Fitrah

2) ZAKAT MALIAH : iaitu zakat Harta Benda seperti wang, emas dan perak, perniagaan, binatang ternakan dan sebagainya.


ZAKAT FITRAH (WAJIB)

SYARAT WAJIB BAYAR ZAKAT FITRAH

Jenis Zakat ialah zakat badan yang diwajibkan sempena berakhirnya bulan Ramadhan mengikut syarat-syarat tertentu iaitu:

1. ISLAM

2. MERDEKA

3. MEMPUNYAI HARTA LEBIH (MILIK SEMPURNA)


KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH

Kadar Bayaran mengikut cara asal ialah satu gantang (mengikut timbangan 2.27kg) makanan asasi sesuatu tempat seperti beras dan gandum.  Atau bersamaan nilai matawang semasa pada berat timbangan tersebut.


ZAKAT HARTA

1. Zakat Harta seperti

2. Wang Simpanan

3. Emas dan perak

4. Binatang ternakkan

5. Zakat Perniagaan 


SYARAT WAJIB BAYAR ZAKAT HARTA

1. Islam

2. Sempurna Milik

3. Merdeka

4. Cukup nisab (kadar-kadar tertentu bagi jenis-jenis zakat)

5. Cukup haul ( memilikinya tidak kurang dari setahun)


KIRAAN

 2.5% dari wang simpanan dan taksiran harta dan keuntungan perniagaan (saham dan sebagainya)

2.5% dari nilai berat emas perak yang timbangan wajib zakat 85gram dan keatas


Kiraan zakat penternakkan:

LEMBU DAN KERBAU

30-39 ekor 1 ekor anak lembu jantan atau betina berumur 1 tahun

40-59 ekor 1 ekor anak lembu betina umur 2 tahun

60-69 ekor 2 ekor anak lembu 1 tahun ( 1 jantan- 1 betina)

70-79 ekor 3 ekor anak lembu jantan berumur 1 tahun

80-89 ekor 2 ekor anak lembu betina berumur 2 tahun

90-99 ekor 3 ekor anak lembu jantan berumur 1 tahun

100-109 ekor 3 ekor anak lembu 

(1 ekor betina berumur 2 tahun- 2 ekor jantan berumur 1 tahun )

110-119 ekor 3 ekor anak lembu 

(1 ekor betina berumur 1 tahun- 2 ekor jantan berumur 2 tahun )

KAMBING DAN BIRI-BIRI

40-120 ekor 1 ekor berumur 1 tahun

121-200 ekor 2 ekor berumur 1 tahun

201-300 ekor 3 ekor berumur satu tahun


Kiraan zakat Pertanian:

Biji-bijian dan buah buahan yang hasilnya diusahakan menggunakan tenaga manusia, binatang atau jentera dan perbelanjaan maka kadar zakatnya 1/ 20 (5%)

Biji-bijian dan buah buahan yang hasilnya bergantung kepada jirusan air hujan atau ditanam dilembah lembah berair, sekitaraliran sungai maka kadar zakatnya 1/ 10 (10%)


8 GOLONGAN ASNAF

1. Fakir

Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan.

2. Miskin

Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya.

3. Amil

Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.

4. Muallaf

Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya dibahagi kepada dua iaitu

Mereka yang baru memeluk agama Islam + Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah kedudukkan dan berhubungan dengan ketua-ketua bukan islam yang sejawatan  bagi menarik dan memujuk mereka kepada islam.

5. Al-Riqab/ MERDEKA HAMBA

Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.

6. Al-Gharimin/ BEBAS PENGHUTANG

Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.

7. Fisabilillah

Mana-mana orang atau pihak yamg melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.

8. Ibnu Sabil

Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan


DALIL-DALIL

Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) 

(At-Taubah 9: 103)

Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (At-Taubah 9:34)

No comments:

Post a Comment

SOLAT MUSAFIR (JAMA' DAN QASAR)

  SYARAT SAH SOLAT MUSAFIR Perjalanan yang jaraknya hingga 81 km dan lebih. Perjalanan tersebut tidak bertujuan tidak baik. Dalam keadaan be...