A. AGAMA TAUHID
Agama yang diturunkan oleh tuhan itu cuma satu, Agama Allah. Namun para pengikut menamakan agama samawi dengan apa yang mereka banggakan. Pada akhir zaman manusia berbondong bondong masuk ke dalam agama Allah.
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan , - Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai,-Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat -(An-Nasr 110:1-3)
B. KEIMANAN
Keimanan yang benar adalah Iman Hanif Nabi Ibrahim as yang ikhlas mentauhidkan Allah tanpa menyekutukanNya
Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya - contoh ikutan yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar): "Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata", tetapi janganlah dicontohi perkataan Nabi Ibrahim kepada bapanya (katanya): "Aku akan memohon kepada Tuhanku mengampun dosamu, dan aku tidak berkuasa menahan (azab seksa) dari Allah sedikit juapun daripada menimpamu". (Berdoalah wahai orang-orang yang beriman sebagaimana Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya berdoa ketika mereka memusuhi kaumnya yang kafir, dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat Kembali.
(Al-Mumtahanah 60:4)
C. CARA HIDUP
Jalan hidup bertauhidkan Allah, Tuhan yang Maha Esa tiada Tuhan lain selain Allah. Beribadah hanya kerana Allah tanpa mensyirikkannya dan mengamalkan kandungan Al Kitab (Taurat, Injil, Al-Quran berdasarkan kitab-kitab asli yang tidak diubah- ubah), dipanggil cara Hidup seorang muslim atau Agama Islam.
Sesungguhnya (agama tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu, dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku.Kemudian mereka (pengikut-pengikut rasul itu) menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masing).
(AlMuminun 52-53)
Barangsiapa mencari agama selain Agama Islam maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (Ali Imran 85)
Oleh itu wahai orang islam, yahudi, nasrani, sabaain mari kita menuju satu kalimah yang sama iaitu tuhan kami dan tuhan kamu, Allah. Beriman tuhan kita satu, Allah, tuhan yang Maha Esa tiada tuhan lain selain Allah, tiada sekutu baginya, tiada anak dan isteri, dan Allah tidak menyerupai makhluk. Dan kita mengamalkan ajaran-ajaran yang terdapat dalam al-kitab masing-masing (taurat, injil, zabur, al-quran). Namun ketahui lah agama yang diredhai disisi Allah adalah agama islam.
Satu-satunya kitab samawi yang tidak diubah ubah dan dicerakinkan adalah Al Quran. Oleh itu marilah kita beramal dengan kandungan isi Al Quran.

No comments:
Post a Comment