Tuesday, 9 July 2024

AMAL KEBAIKKAN

 Kebaikkan boleh berusia panjang, manusia biasanya meninggal pada umur 70-80 tahun. Tetapi kebaikkan yang dia tinggalkan dalam bentuk perjuangannya, kepribadiannya yang mulia, ilmunya yang bermanfaat, amal sedekahnya. Kebaikkan itu, boleh kekal bermanfaat ratusan, ribuan tahun. Oleh itu dalam usia yang singkat ini, mengapa kita tidak berlumba lumba dalam melakukan kebaikkan. Bukan untuk dikenang, tetapi menjadi orang yang berbakti kepada Tuhan dan makhluk Nya.

1) Digandakan 10 kali ganda

Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).

(Al-An'aam 6:160) 

2) Pasti, hanya kebaikkan yang akan dibalas kepada orang yang melakukan kebaikkan.

Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.

(Yusuf 12:56)

3) Orang yang membuat kebaikkan, berpegang kepada simpulan yang kukuh. Bermaksud, dia adalah orang yang Allah melihat kepada nya.

Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan. 

(Luqman 31:22)

4) Allah mengampunkan dosa orang yang melakukan kebaikkan (pembaikkan) pada salah silapnya.

"Tetapi sesiapa yang berbuat salah, kemudian ia mengubahnya dengan melakukan kebaikan sesudah berbuat salah, maka sesungguhnya Aku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(An-Naml 27:11)

No comments:

Post a Comment

SOLAT MUSAFIR (JAMA' DAN QASAR)

  SYARAT SAH SOLAT MUSAFIR Perjalanan yang jaraknya hingga 81 km dan lebih. Perjalanan tersebut tidak bertujuan tidak baik. Dalam keadaan be...