Wednesday, 10 July 2024

CARA MENGERJAKAN SOLAT

CARA MENGERJAKAN SOLAT

Pertama Mengambil Wudhu.


FARDU MENGAMBIL WUDUK

Fardu Wuduk ada enam perkara

1) Pertama : Niat.

Iaitulah berniat dalam hati ketika membasuh sebahagian muka.membaca lafaz adalah sunat.ucapan niat:

“ Sahaja aku berwuduk bagi mengangkat hadas yang kecil kerana Allah Taala”

2) Kedua : Membasuh muka

Iaitu membasuh dari sekeliling tempat tumbuhnya rambut kepala hinggga ke bawah dagu dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri.

3) Ketiga : Membasuh kedua tangan hingga kesiku dimulai dengan tangan kanan kemudian tangan kiri.

4) Keempat : Membasuh atau menyapu sebahagian dari kepala. Sekurang-kurangnya membasahkan 3 helai rambut dikepala.

5) Kelima : Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali dimulai dari kaki kaki kemudian kaki kiri.

6) Keenam : Tertib iaitu melakukan wuduk mengikut turutan dan berturut-turut.


SYARAT-SYARAT WUDUK

1. Beragama islam

2. Mumaiyiz iaitu seseorang yang telah dapat membezakan antara yang bersih dengan yang kotor.

3. Suci dari haid dan nifas

4. Dengan air yang suci lagi menyucikan

5. Tidak ada sesuatu yang dapat menghalang air sampai kekulit (anggota wuduk) seperti getah,minyak dan sebagainya.

6. Mengetahui yang mana wajib dan yang mana sunat


SUNAT-SUNAT WUDUK

1. Membaca Bismillah

2. Membasuh kedua tangan sehingga ke pergelangan tangan

3. Berkumur-kumur

4. Memasukkan air kehidung

5. Menyapu seluruh kepala

6. Menyapu air kedua-dua telinga luar dan dalam

7. membasuh tiap-tiap anggota wuduk tiga kali

8. Tidak bercakap-cakap ketika berwuduk

9. Bersugi

10. Membaca doa selepas berwuduk


PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDUK

1. Keluar sesuatu dari dua jalan iaitu qubul dan dubur seperti kentut,kencing dan sebagainya.

2. Hilang ingatan dengan sebab gila atau pitam atau tidur yang tidak tetap kedudukannya

3. Bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.

4. menyentuh kemaluan dengan tapak tangan ataau perut anak jari.samada kemaluan sendiri atau orang lain.


DOA setelah wudhu:

Aku bersaksi tidak ada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa. Tidak ada sekutu untukNya. Aku bersaksi juga bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan utusanNya.

Ya Allah, jadikan aku daripada golongan orang yang bertaubat kepadaMu. Dan jadikanlah aku daripada golongan orang yang bersih. Dan jadikan aku daripada golongan hambaMu yang soleh.


Seterusnya Mengerjakan solat

QIYAM. Berdiri menghadap kiblat (Kearah kaabah Masjidil Haram).

NIAT. dalam hati. Contohnya: Sahaja Aku Solat Fardu Zohor 4 Rakaat Tunai Kerana Allah Taala

TAKBIR. Angkat kedua belah tangan separas telinga.


Kemudian sebutkan “Allahuakbar!

Selepas mengangkat takbir, tangan diletakkan diatas perut. Letakkan tangan kanan di atas tangan kiri dan wajah memandang ke arah tempat sujud. Bacalah doa iftitah.

Baca AL_FATIHAH Dan Seterusnya Surah Lain. Surah al-Fatihah adalah rukun dalam solat. WAJIB dibaca dalam setiap rakaat. Jika tidak solat tidak sah.

Kemudian RUKUK .Semasa rukuk, ucapkan takbir (Allahuakbar) dan letakkan kedua belah tangan di atas lutut.

IKTIDAL. Setelah selesai rukuk, seterusnya kita akan bangun berdiri tegak (iktidal). Ucapan semasa iktidal adalah seperti berikut:

SUJUD Pertama.

Setelah iktidal, seterusnya kita akan sujud.  Cara sujud adalah: Bertakbir (Allahuakhbar) dan turunkan badan dengan dahi, hidung, kedua belah tapak tangan dan ibu jari kaki menyentuh lantai. Buka lengan dari sisi badan dan lantai.

Duduk Antara Dua Sujud

Setelah itu, bangun (duduk) dari sujud sambil menyebut “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan).

Fasa ini dipanggil “duduk di antara dua sujud”

Bacaan paling mudah semasa duduk antara dua sujud adalah:


SUJUD Kedua

Selesai membaca tasbih di atas, maka sujudlah sekali lagi (sujud kedua). Bertakbir (Allahuakbar) lalu sujud sekali lagi.

Kedudukan dan bacaan tasbihnya adalah sama seperti sujud pertama. Dengan ini, sudah selesai bahagian rakaat pertama dalam solat.

Sekarang bangun berdiri untuk Rakaat Kedua.

Pergerakan dalam rakaat kedua sama seperti rakaat pertama, kecuali selepas sujud kedua anda tidak perlu terus bangun tetapi duduklah pada kedudukan tasyahud (Tahiyat awal)


DUDUK TAHIYAT. 

Cara duduk tasyahud adalah seperti berikut: Duduk di atas kaki kiri dengan ibu jari kaki kanan ditegakkan. Telapak tangan kanan digenggam melainkan jari telunjuk kanan diluruskan.

Bacaan Tahiyat  awal dan akhir adalah seperti berikut:

Untuk solat tiga rakaat (Maghrib) dan solat empat rakaat (Zohor, Asar dan Isyak), anda perlu bangun berdiri kembali selepas selesai baca tahiyat awal, untuk meneruskan rakaat seterusnya. Rakaat ketiga untuk solat maghrib teruskan dengan Tahiyat akhir setelah sujud kedua.

Bagi solat zohor, asar dan isya Rakaat ketiga seperti rakaat pertama. Rakaat ke empat duduk tahiyat akhir setelah sujud kedua, setelah bacaan Tahiyat berdoalah minta dijauhkan dari Fitnah Al masih Dajjal, Fitnah Kehidupan dan Fitnah Kematian.

SALAM. Selesai membaca tahiyat akhir, palingkan muka ke sebelah kanan dan ucapkan: “Assalamu alaikum wa rahmatullah”. kedua ulangi salam dengan memalingkan muka ke sebelah kiri dengan ayat yang sama.

CONTOH TATACARA SOLAT BERGAMBAR

No comments:

Post a Comment

SOLAT MUSAFIR (JAMA' DAN QASAR)

  SYARAT SAH SOLAT MUSAFIR Perjalanan yang jaraknya hingga 81 km dan lebih. Perjalanan tersebut tidak bertujuan tidak baik. Dalam keadaan be...