1. Apakah kita sedar mengenai sikap kita terhadap diri sendiri dan orang lain? Apakah selama ini saya telah menyusah diri sendiri dan orang lain.
2. Setakat manakah kita sudah memahami orang lain?
3. Janganlah kita menghina diri sendiri mahupun orang lain.
4. Manusia suka pentingkan diri sendiri, hendaklah belajar untuk mementingkan perasaan dan hidup orang lain.
5. Manusia sering merasa diri baik, ketahuilah diatas orang baik itu ada orang yang lebih baik dan segala kebaikkan itu milik Allah. Oleh itu merendahlah dan merasakan semua orang lebih baik dari kita.
6. Manusia suka dihargai tetapi sukar menghargai. Oleh itu belajarlah untuk mengucapkan terima kasih, dan mendoakan kebaikkan kepada mereka.
7. Manusia suka dipuji tetapi kedekut untuk memberi pujian. Oleh itu belajarlah untuk memberi pujian yang baik, tidak membuat orang tinggi diri. Contoh Terima kasih kepada ibu Nina yang baik hati.
8. Manusia suka orang mendengar ceritanya tetapi dia tidak mendengar orang lain bercakap. Jadilah pendengar yang baik, diam apabila orang bercakap, senyum, jangan mencelah, dengar dengan khusyuk, minat, simpati dan empati.
9. Manusia suka mendengar perkataan yang baik tetapi tidak mengamalkannya. Oleh itu belajarlah untuk berbicara dan menulis komentar dengan ucapan, dan tutur kata yang baik, tidak menyingung perasaan orang lain.
10. Jika perlu memberi nasihat dan teguran. Gunalah cara yang lebih baik, membina dan bukan menghancurkan, keadaan menjadi lebih teruk.
11. Berjabat tangan dengan kemas dan mesra, dan hiasilah wajah dengan senyuman.
12. Sentiasa bersangka baik terhadap orang lain.
13. Jadilah orang yang dengan kehadiran anda menyebabkan 10 orang bertambah baik, bukan kehadiran anda seorang merosakkan 10 yang lain.

No comments:
Post a Comment