Pada hari perhimpunan (KIAMAT), semua umat akan dihimpunkan diatas muka bumi ini. Dari kaum Ad, Thamud, Firaun seterusnya hingga umat terakhir, Umat Nabi Muhammad saw. Inilah harinya, insyaallah.
Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(Al-Baqarah 2:148)
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
(A-li'Imraan 3:9)
PELUANG TERAKHIR
Oleh itu ini adalah berita penting, Kalian semua sedang berada pada waktu akhir dan peluang terakhir untuk 1) Bertaubat dengan taubat nasuha 2) Beriman kepada Allah Tuhan yang Esa dan kitab-kitanya 3) Dan melakukan pembaikkan ke atas amalan amalan hidup. Contoh yang Zalim, tebus kembali kezaliman anda. Yang merompak bayar semula atau kembalikan rompakkan anda.
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir itu: "Kamu akan dikalahkan (di dunia ini) dan akan dihimpunkan ke dalam neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat yang disediakan".
(A-li'Imraan 3:12)
Oleh itu, bagaimana pula (hal keadaan mereka) ketika Kami himpunkan mereka pada hari , yang tidak ada syak padanya; dan (pada hari itu juga) disempurnakan kepada tiap-tiap seorang, balasan apa yang ia telah usahakan, sedang mereka masing-masing tidak akan dianiaya.
(A-li'Imraan 3:25)
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Sesungguhnya Ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat, (hari) yang tidak ada syak padanya. Dan siapakah pula yang lebih benar perkataannya daripada Allah? (An-Nisaa' 4:87)
SERUAN KEPADA BUKAN ISLAM
Ini adalah seruan kepada orang bukan islam terutamanya umat yahudi dan christian untuk memperbetulkan akidah mereka yang terpesong iaitu mentuhankan Trinity dan menyembah makhluk sebagai Tuhan. Hendaklah kalian memperbetulkan iman kalian iaitu Tuhan Kami Allah, tiada Tuhan lain selain Allah dan mengamalkan kandungan yang terdapat dalam Al kitab.
(Nabi Isa) Al-Masih tidak sekali-kali enggan dan angkuh daripada menjadi hamba bagi Allah, demikian juga (sikap) malaikat yang sentiasa berdamping (dengan Allah). Dan sesiapa yang enggan dan angkuh daripada beribadat (menyembah dan memperhambakan diri) kepada Allah, serta ia berlaku sombong takbur, maka Allah akan menghimpunkan mereka semua kepadaNya.
(An-Nisaa' 4:172)
ORANG PALING RUGI YANG TIDAK BERIMAN DENGAN ALLAH
Bertanyalah : "Hak milik siapakah segala yang ada di langit dan di bumi?" Katakanlah: "(Semuanya itu) adalah milik Allah. Ia telah menetapkan atas diriNya memberi rahmat. Demi sesungguhnya Ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada sebarang syak padanya". Orang-orang yang merugikan diri sendiri , maka mereka tidak beriman.
(Al-An'aam 6:12)
Dan (ingatlah) masa Kami himpunkan mereka semua (pada hari kiamat), kemudian Kami berfirman kepada orang-orang musyrik: "Tunggulah di tempat kamu semua, kamu dan makhluk-makhluk yang kamu jadikan sekutu"; sesudah itu kami putuskan perhubungan baik di antara mereka. Dan berkatalah makhluk-makhluk yang mereka sembah itu (sebagai berlepas diri): "Bukanlah kami - yang kamu puja dan taat (sebenarnya kamu hanya memuja dan mentaati hawa nafsu kamu sendiri)!
(Yunus 10:28)
HANYA ALLAH PELINDUNG
Pada hari ini, tidak ada pelindung bagimu dan tidak ada pemberi Syafaat selain Allah. Inilah hari anak tidak boleh menolong ayahnya, kita menghadapi hari kiamat sendiri- sendiri.
Dan berilah amaran dengan Al-Quran itu kepada orang-orang yang merasa takut bahawa mereka akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (pada hari kiamat), (padahal) tiadalah bagi mereka pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah, supaya mereka bertaqwa.
(Al-An'aam 6:51)
PADA HARI ITU TIDAK ADA GUNANYA MENGGELISAH
Dan mereka sekalian tetap akan berhimpun mengadap Allah (untuk dihisab pada hari kiamat); kemudian orang-orang yang lemah (pengikut) kepada orang-orang yang sombong takbur itu akan berkata kepada mereka (yang menjadi pemimpinnya): "Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut kamu; maka adakah kamu dapat menolak daripada kami sedikit dari azab Allah? " Mereka menjawab: "Kalaulah Allah menunjukkan jalan selamat kepada kami, tentulah kami tunjukkan jalan itu kepada kamu. (Sekarang) sama sahaja kepada kita, sama ada kita menggelisah dan mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri (dari azab itu)".
(Ibrahim 14:21)
BUMI DAN LANGIT BARU
Pada hari ini Roh bumi dan Roh langit telah berganti wadah. Dengan Roh bumi diberi kepada Al-Mahdi dan kerajaannya (dari keluarga Nabi Ibrahim as, untuk pertama kalinya manusia yang dikenal kaum yang ummi, memegang kekuasaan bumi manakala Roh langit diberi kepada malaikat dan kerajaannya.
(Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.
(Ibrahim 14:48)
KEADAAN ALAM SEMESTA
Dan (ingatkanlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata; dan Kami himpunkan mereka (di padang Mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka.
(Al-Kahfi 18:47)
Pada hari bumi terbelah-belah (gempa) untuk mereka segera keluar (daripadanya). Perbuatan (menghidupkan dan) menghimpunkan mereka di Padang Mahsyar itu, mudah bagi Kami melaksanakannya.
(Qaaf 50:44)
Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan; (At-Takwiir 81:5)
ORANG BERTAKWA MENGHADAP ALLAH BERKUMPULAN
(Ingatlah) hari Kami himpunkan orang-orang yang bertaqwa untuk mengadap (Allah) Ar-Rahman, dengan berpasuk-pasukan.
(Maryam 19:85)
TUBUH DAN WAJAH MENJADI HITAM
Pakaian mereka dari belangkin (minyak tar), dan muka (serta seluruh badan) mereka diliputi oleh jilatan api neraka. (Ibrahim 14:50)
Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu, ('Abasa 80:40)
Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; tiadalah bagi mereka pelindung dari (seksa) Allah; muka mereka (hitam legam) seolah-olahnya ditutup dengan beberapa bahagian dari malam yang gelap-gelita. Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
(Yunus 10:27)
MATA MENJADI BUTA DAN KELABU
Pada hari itu, orang bersalah dihimpunkan dalam mata yang kelabu, pertama dia menggelisah kerana kesalahannya. Kedua dia melihat dan mengetahui kebenaran tetapi berusaha melarikan diri.
(Iaitu) hari ditiup Sangkakala, dan Kami akan himpunkan pada hari itu orang-orang yang bersalah dalam keadaan kelabu matanya. (Taha 20:102)
Dan orang-orang yang berpaling ingkar buta matanya. Pertama, benar-benar dihilangkan biji matanya, dia menjadi buta, kedua apabila diberitakan kebenaran dia berpaling terus, buta hati dan matanya dari kebenaran.
Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.
(Taha 20:124)
TIUPAN SANGKAKALA PERTAMA, HARI KEBANGKITAN
Umat Nabi Muhammad saw adalah umat terakhir, dan dikumpulkan mereka dengan kaum kaum terdahulu untuk menerima hisab. Oleh itu ketahui lah, ANDA SEMUA SEDANG HIDUP PADA HARI KEBANGKITAN. Sangkakala pertama telah ditiup, anda dilahirkan semula untuk menerima balasan.
Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan).
(Al-An'aam 6:2)
Allah berfirman lagi: "Di bumi itu kamu hidup dan situ juga kamu mati, dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)".
(Al-A'raaf 7:25)
SETIAP MAKHLUK AKAN DIHIMPUNKAN
Dan tidak ada satu makhluk pun melainkan dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).
(Yaa Siin 36:32)
AMARAN DAN PERINGATAN
Anda sangat hairan gempa dimana mana, letusan gunung merapi, bencana dan penyakit menular, itu semua adalah azab pembalasan atas sikap kufur manusia.
Oleh itu, ini adalah PELUANG TERAKHIR untuk anda bertaubat, beriman kepada ke Esaan Allah, beribadah tanpa menyekutukan nya serta memahami Al Quran. Anda kata beriman kepada Al Quran, tetapi anda tidak tahu apa ada dalam Al Quran, itu bukan beriman namanya. Celakalah sesiapa yang apabila ditanya apa ada dalam Al Quran dia tidak mengetahuinya. Orang ini tak mungkin selamat.
Mereka bertanya kepadamu tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".
(Al-A'raaf 7:187)
Apakah (yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tidak beriman itu?) mereka tidak menunggu melainkan kedatangan malaikat (yang mencabut nyawa mereka), atau kedatangan (azab) Tuhanmu, atau kedatangan sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu (yang menjadi alamat hari kiamat). Pada hari datangnya sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya. Katakanlah: "Tunggulah kamu (akan apa yang kamu berhak mendapatnya), dan kami pun sebenarnya menunggu (akan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada kami)".
(Al-An'aam 6:158)
Oleh itu, sebelum Kiamat datang menjemput iaitu Kematian (ajal) kali kedua atau tanda-tanda azab berusahalah memperbaiki iman, ibadah, setelah itu tidak ada jalan pulang. Ini peluang terakhir. Ambil lah ini sebagai peringatan. Sungguh azab Allah pedih, bertimpa timpa dan menyakitkan, sedang neraka itu bergejolak.
PELUANG MASUK KE SYURGA
Iaitu dengan memohon ampun kepada Allah, beriman Allah Tuhan yang Maha Esa, tuhan kami dan tuhan kamu , tiada tuhan selain Nya. Dan kembali mengerjakan amal soleh dan memperbaiki amal.
(Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan (untuk menerima balasan), - itulah hari masing-masing nampak kerugiannya. Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.
(At-Taghaabun 64:9)

No comments:
Post a Comment