Hal yang sulit menjadi mudah, bagaimana? Kadang kadang sesuatu itu menjadi sulit, kerana ketakutan untuk menghadapinya, ianya belum pun bermula tetapi telah takut untuk mencuba atau sedang dalam perjalanan, tiba-tiba kesulitan menimpa, jalan dihentam ombak badai, halilintar, ribut taufan terasa sakit sekali.
Oleh itu caranya, jika anda perlu melalui sesuatu hal sulit itu tidak ada cara untuk mengelak 1) hadapi saja, buang segala ketakutan, jumpa air minum, jumpa duri buang. 2) hadapinya dengan jiwa yang ikhlas, orang ikhlas ini tidak mengharap apa-apa oleh itu dia tidak takut untuk gagal. 3) Berbaik sangka, kerana baik sangka menarik hal yang baik. 4) bersabarlah dengan kesabaran yang baik.
Masalah datang untuk diselesaikan dan diambil pelajaran. Kemenangan, ditentukan dengan berapa cepat anda bertindak untuk mengatasinya. Namun kebanyakkan orang suka tinggal dalam masalah tanpa mencari jalan penyelesaian, sedih bingung, oleh itu hidupnya sulit. Jangan tinggal dalam masalah.

No comments:
Post a Comment