SYARAT-SYARAT WAJIB MENGERJAKAN HAJI:
- Islam
- Berakal
- Berkemampuan (selamat tubuh badan, aman perjalanan, terdapat mahram bagi perempuan, tidak berada dalam iddah)
- Merdeka
- Baligh
SYARAT-SYARAT SAH MENGERJAKAN HAJI:
• Islam
• Berihram
• Masa (Miqat ihram menepati masa)
• Tempat (Miqat ihram mengikut tempat)
• Mumayyiz
• Berakal
• Boleh melakukan pekerjaan dengan sendirinya melainkan ketika keuzuran
• Tidak bersetubuh
JENIS -JENIS HAJI
1- IFRAD: Iaitu berniat Haji sahaja.
2- TAMATTU': Iaitu berniat Umrah terlebih dahulu (iaitu dia berihram Umrah dari miqat yang ditetapkan untuk negerinya kemudian dia bertahallul dari ihram tersebut seterusnya berihram untuk Haji dari Mekah). Dinamakan sebagai Tamattu' kerana dia memilih cara yang membolehkannya untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram di antara Umrah dan Haji.
3- QIRAN: Iaitu berniat Haji dan Umrah bersama-sama (iaitu berihram Haji dan Umrah bersama-sama secara serentak).
Firman Allah Taala: Yang bermaksud: Maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah dia melakukannya kemudian wajiblah dia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau dia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) Masjidilharam (Mekah). (Surah Al-Baqarah, Ayat: 196).
Jemaah Haji yang mengerjakan Haji Qiran dan Tamattu' diwajibkan menyembelih kambing biri-biri (dam) sebagai tanda syukur kepada Allah Taala kerana dia berjaya mengerjakan Umrah dan Haji pada bulan-bulan Haji dengan baik serta di dalam satu perjalanan musafir, sekiranya dia tidak mampu menyembelih dam, dia hendaklah berpuasa selama tiga hari pada musim Haji dan tujuh hari selepas dia pulang ke tanah airnya.
RUKUN HAJI
Artinya, “Rukun haji ada lima: ihram, niat, wukuf di Arafah, tawaf di Ka’bah, dan sai pada Shafa dan Marwa,” (Taqrib pada Kifayatul Akhrar, [Beirut, Darul Kutub Al-Ilmiyah: 2001 M/1422 H], halaman 301).
1. NIAT IHRAM HAJI
Ihram adalah salah satu rukun haji yang harus dikerjakan.
Lafaz: Nawaitul hajja wa ahramtu bihi lillahi ta'ala labbaika Allahumma hajjan
Artinya: "Aku berniat haji dengan berihram karena Allah Ta'ala, aku sambut panggilanmu ya Allah untuk berhaji.
2. WUKUF DI ARAFAH
Berhenti di Arafah, mulai tergelincirnya matahari (waktu zuhur) 9 Zulhijjah sampai terbit Fajar pada 10 Zulhijjah.
3. TAWAF
Tawaf adalah salah satu rukun dari ibadah haji dan umrah. Tawaf artinya mengelilingi Ka'bah sebanyak 7 kali putaran, yang mana posisi Ka'bah berada di sebelah kiri. Rukun ini dikerjakan mulai dari Hajar Aswad dan diakhiri dengan posisi yang sama.
4. SA'I
Sa’i merupakan rukun haji dan umrah yang perlu dikerjakan oleh para jemaah. Sa'i adalah lari-lari kecil mengelilingi Safa ke Marwah sebanyak tujuh kali. Sebelum mengerjakan sa'i, maka harus diawali dengan thawaf.
5. CUKUR RAMBUT
Mencukur rambut adalah salah satu rangkaian rukun ibadah haji dan umrah. Kegiatan mencukur rambut adalah penentu dari keabsahan haji dan umrah.
Bercukur dalam rukun haji dilaksanakan tanggal 10 Dzulhijjah usai jemaah melemparkan Jumrah Kubra.
6. TERTIB
Rukun haji dan umrah yang berikutnya adalah tertib. Maksud dari rukun ini adalah segala rangkaian ibadah haji dan umrah dilakukan dengan urut dan sesuai aturan.
PERKARA-PERKARA WAJIB HAJI
Wajib Haji ada enam perkara iaitu :-
1. Ihram di Miqat
2. Bermalam di Muzdalifah
3. Melontar Jamrah Al-Aqabah
4. Bermalam di Mina
5. Melontar ketiga-tiga jamrah
6. Meninggakan perkara-perkara yang haram semasa ihram
1-MIQAT
Miqat bermaksud sempadan waktu atau tempat untuk memulakan niat ihram haji atau umrah.
Miqat terbahagi kepada 2 :
- a) Miqat Zamani : Sempadan masa yang ditentukan bagi ihram haji, bermula dari 1 Syawal hingga sebelum terbit fajar hari ke-10 Zulhijjah pada setiap tahun. Manakala bagi Umrah ialah sepanjang tahun.
- b) Miqat Makani : Sempadan tempat yang telah ditetapkan disekeliling Mekah untuk ihram haji.
1) Yalamlam – bagi jemaah haji yang melalui Lautan Hindi menuju ke Laut Merah. Jaraknya adalah leebih kurang 54 km dari Kota Mekah.
2) Zulhulifah – bagi para jemaah haji ang datang dari Madinah dan kawasan sekitarnya. Jarak lebih kurang 450 km dari Mekah.
3) Juhfah – Jemaah haji yang datang dari arah barat laut seperti penduduk Mesir dan Syria. Jaraknya lebih kurang 187 km dari Mekah pada arah barat laut.
4) Qarnul Manazil – bagi jemaah yang datang dari arah timur seperti penduduk Najd. Jaraknya lebih kurang 94 km dari Mekah.
5) Mekah (dari rumah mereka) – Untuk penduduk Mekah sendiri.
2-BERMALAM DI MUZDALIFAH
Jemaah haji wajib berada dan bermalam di Muzdalifah walaupun seketika.
Waktunya ialah selepas tengah Malam 10 Zulhijjah hingga subuh.
3-BERMALAM DI MINA
Ertinya berada lebih dari separuh malam di Mina pada malam-malam hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
4-MELONTAR JAMRAH
Melontar ketiga-tiga jamrah iaitu Jamrah Al-Ula, Jamrah Al-Wusta dan Jamrah Al-Aqabah. Masing-masing dengan tujuh biji batu.
Waktu bagi melontar ketiga-tiga jamrah ialah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Waktu melontar bermula selepas terbit fajar pada 11 Zulhijjah sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah. Waktu yang paling afdhal ialah selepas tergelincirnya matahari 11,12 dan 13 Zulhijjah.
1- SYARAT-SYARAT MELONTAR
1. Melontar dengan menggunakan tangan. Jika tidak berkuasa atau berdaya, maka bolehlah digunakan tangan kiri, kaki ataupun mulut
2. Melontar dengan kaedah merejam bukannya seperti meletakkan batu, mencampak ataupun membuang
3. Niat melontar Jamrah tidak terpesong kepada tujuan-tujuan lain
4. Melontar dengan batu ataupun jenis-jenisnya
5. Memastikan batu lontaran masuk ke dalam takungan Jamrah dengan yakin
6. Melakukan lontaran dengan tertib - Dimulai dengan Jamrah Al-Ula - D ikuti dengan lontaran pada Jamrah Al-Wusta - Diakhiri dengan lontaran pada Jamrah Al-Aqabah.
7. Tidak boleh membuat lontaran bagi ketiga-tiga Jamrah pada 12 Zulhijjah jika tidak menyempurnakan lontaran pada hari sebelumnya. Demikian jugalah syaratnya bagi lontaran pada 13 Zulhijjah.
• MELONTAR JAMRAH AQABAH
Ertinya melontar 7 biji batu ke dalam takungan Jamrah Aqabah. Setiap lontaran hendaklah dengan hanya sebiji batu.
Waktu untuk melontar di Jamrah Aqabah ini ialah Selepas tengah malam 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji) hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah Waktu afdal ialah waktu Dhuha pada 10 Zulhijjah
BERCUKUR
Bercukur bererti menggunting rambut atau menghilangkan sekurang-kurangnya 3 helai rambut di kepala dengan cara mencukur atau mengguntingnya.
Waktu bercukur adalah selepas melontar Jamrah Al-Aqabah pada 10 Zulhijjah.
Catatan : Wajib Haji harus dilaksanakan dan apabila salah satu ada yang ditinggalkan, maka hajinya sah tapi harus membayar dam (denda).
LARANGAN DALAM IHRAM Melanggarnya dikenakan dam, berdosa jika sengaja
a) Pakaian
1. Tidak boleh memakai pakaian berjahit (lelaki)
2. Tidak boleh menutup kepala (lelaki)
3. Tidak boleh menutup muka (wanita)
4. Tidak boleh memakai sarung tangan (lelaki dan wanita)
b) Kecantikan (lelaki dan wanita)
1. Tidak boleh memakai wangi-wangian
2. Tidak boleh menyapu minyak
3. Tidak boleh menanggalkan rambut
4. Tidak boleh memotong kuku
c) Alam sekitar (lelaki dan wanita)
1. Tidak boleh memburu binatang buruan
2. Tidak boleh memotong atau merosakkan tumbuhan
d) Hubungan
1. Berkahwin, mengahwinkan atau menerima nikah
2. Mukadimah persetubuhan
3. Persetubuhan suami isteri
Firman Allah SWT: “Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya ibadat haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar dalam masa mengerjakan haji.....” (Al-Baqarah:197)
DAM DAN BAYARAN
Macam-Macam Dam
Prof Dr. Wahbah Az-Zuhaili dalam bukunya berjudul Fiqih Islam Wa Adilatuhu Jilid 3 (2021: 585) memaparkan, bahwa dam dibagi menjadi tiga macam yaitu:
1. Dam Nusuk
Dam Nusuk adalah dam yang diwajibkan bagi jamaah haji yang menjalankan manasik dengan cara Tamatu atau Qiran. Jadi, dam ini hanya untuk memenuhi ketentuan ibadah haji Tamatu atau Qiran, bukan karena melakukan pelanggaran.
Haji Tamatu adalah ibadah haji yang dilakukan dengan cara melakukan umrah terlebih dahulu baru dilanjutkan dengan prosesi haji. Dam untuk haji ini adalah menyembelih seekor kambing per seorang jamaah haji dan dagingnya dibagikan kepada fakir miskin.
Perintah dam nusuk dijelaskan dalam firman Allah ta’ala berikut ini:
Artinya: “…Maka bagi siapa yang ingin mengerjakan umrah sebelum haji (di dalam bulan Haji), (wajiblah ia menyembelih) kurban yang mudah didapat. Tetapi jika ia tidak menemukan (binatang kur-ban atau tidak mampu), maka wajib berpuasa tiga hari dalam masa haji dan tujuh hari (lagi) apabila kamu telah pulang kembali…” [Al-Baqarah ayat 196]
2. Dam Isa’ah
Dam Isa’ah adalah denda yang diwajibkan untuk jamaah yang tidak mengerjakan atau meninggalkan perkara-perkara wajib haji seperti:
• Tidak berihram/niat haji/umrah dari mīqāt;
• Tidak melakukan mabit di Muzdalifah;
• Tidak melakukan mabit di Mina;
• Tidak melontar jumrah;
• Tidak melakukan thawaf wada’.
Selain itu, dam ini juga diwajibkan bagi jamaah haji atau umrah yang tidak bisa melanjutkan perjalanan ke Mekah karena sebab tertentu seperti sakit atau terhalang peperangan. Dam Isa'ah yang harus dipenuhi seseorang yaitu dengan cara menyembelih seekor kambing.
3. Dam Kafarat
• Melanggar Larangan Dalam Ihram
Dam kafarat adalah denda bagi jamaah haji atau umrah, apabila ia mengerjakan sesuatu yang diharamkan selama masa ihram. Adapun jenis pelanggaran beserta denda yang harus dibayarkan antara lain:
Sebagai tembusan dari jenis pelanggaran Larangan semasa Ihram, jamaah boleh memilih dam yang harus dibayarkan antara lain:
1) Membayar dam dengan seekor kambing.
2) Membayar fidyah dengan bersedekah kepada enam fakir miskin. Masing-masing ½ sha’ (2 mid = 1 ½ kg makanan pokok jenis apapun).
3) Menjalankan puasa tiga hari.
• Membunuh Binatang Buruan Darat
Sebagai tebusan atas pelanggaran ini dijelaskan dalam firman Allah ta’ala berikut ini;
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu membunuh binantang buruan, ketika kamu sedang ihram. Barang siapa di antara kamu membunuhnya dengan sengaja, mak dendanya ialah mengganti dengan dengan binantang ternak seimbang dengan buruan yang dibunuh…”
(QS. Al-Maa’idah:95)
Bila jamah haji atau umrah melakukan pelanggaran ini tetapi benar-benar tidak mampu membayar sesuai penjelasan ayat di atas, maka bisa diganti dengan puasa, dengan perbandingan setiap hari = 1 mud makanan (¾ kg beras).
• Melakukan Jima (Berhubungan Suami Istri)
Berhubungan suami istri masuk dalam kategori pelanggaran berat, bahkan dapat membatalkan ibadah haji seseorang.
Apabila pelanggaran ini dilakukan sebelum tahallul awal, bisa membatalkan haji seseorang, dan diwajibkan baginya untuk membayar dam. Selain itu, ia juga wajib meng-qadha' hajinya di tahun berikutnya.
Sedangkan apabila pelanggaran ini dilakukan setelah tahallul awal, ibadah hajinya tidak batal, namun tetap harus membayar dam.
Adapun dam yang harus dibayar untuk pelanggaran hubungan suami isteri ini iaitu;
a. Menyembelih satu ekor unta. Jika tidak mampu, bisa diganti dengan seekor lembu/sapi.
b. Jika masih belum mampu juga, bisa diganti dengan 7 ekor kambing.
c. Jika masih tidak mampu menyembelih hewan, bisa diganti dengan memberi makan fakir miskin di Mekah senilai seekor unta.
d. Jika masih belum mampu juga, sebagai alternatif terakhir bisa diganti dengan berpuasa satu hari bagi setiap cupak makanan.
PERKARA MEMBATALKAN HAJI
1) Meninggalkan perkara wajib haji
2) Berjimak (Persetubuhan)
3) Luput waktu arafah . Melepasi waktu yang telah ditetapkan iaitu selepas terbit fajar 10 Zulhijah)
4) Murtad. Keluar dari agama islam . Nauuzubillahiminzalik.

No comments:
Post a Comment