Tuesday, 9 July 2024

MENGHADAPI HAL KURANG BIJAK

 Diantara kita, banyak sekali Orang-Orang Baik terlibat dalam sebahagian dari masalah. Ini kerana disana ada orang kurang bijak berkomentar yang keras-keras. Oleh itu Orang-Orang Baik yang melihat hal tersebut tidak dapat menerima kepalsuan, kebodohan, ketidakadilan. Mereka tidak tinggal diam. Lalu tergesa-gesa membalas hujah juga dengan keras. Marah dilawan Marah, Kekerasan dilawan kekerasan. Hancur, api perbalahan menjadi besar. Tidak ada jalan penyelesaian, kerana cara mereka sama.

Perhatikan. Pertama, apakah komentar ‘Orang itu’ akan menyesatkan ? Jika tidak membawa orang ramai kepada salah arah, Diam lebih baik. Orang tidak bijak yang mahu belajar, boleh kita bimbingkan. Tetapi orang yang merasa dirinya pandai, lagi egois, membalas komentarnya kalian hanya melibatkan diri dalam masalah, mencetus api perbalahan, permusuhan yang tak perlu, dendam dan sebagainya. Berbincang dengan musuh yang bijak itu lebih baik dari berbalah dengan orang kurang bijak.

Kedua, apabila membaca komentar, kalian harus keluar dari kotak masalah (meletakkan diri sebagai pemerhati bukan orang terlibat) dan jika kalian mampu menjadikan masalah itu lebih baik silakan beri pendapat. Namun, biarlah kita berbicara dengan damai, tenang dan tutur kata yang baik. Apabila berbicara jangan menjadi orang yang selalu hendak menang. Tetapi untuk mencari perdamaian, kesepakatan dan menegakkan kebenaran serta keadilan. Beribawa

No comments:

Post a Comment

SOLAT MUSAFIR (JAMA' DAN QASAR)

  SYARAT SAH SOLAT MUSAFIR Perjalanan yang jaraknya hingga 81 km dan lebih. Perjalanan tersebut tidak bertujuan tidak baik. Dalam keadaan be...