Wednesday, 10 July 2024

JADILAH DEWASA

 Jadilah dewasa. Dewasa dalam berfikiran, membuat keputusan dan mengambil tindakkan.  Umur bukan ukuran kedewasaan. Boleh jadi muda tetapi cukup matang (dewasa), berapa ramai orang setelah tua perangainya kembali budak budak. 

Kedewasaan itu ditentukan, bagaimana seseorang mengenali dirinya sendiri, mengetahui arah tujuan hidupnya,  mampu mengendalikan diri dan emosi, bukan membiarkan diri dikendali emosi. Seorang yang komitmen dan tekun dalam pekerjaannya sehingga siap. 

Dan seseorang yang mempunyai hubungan baik sesama manusia. Menghormati pendapat orang lain. Seorang yang yakin diri dan dipercayai. Seorang yang tidak takut gagal,  dia akan cuba lagi sehingga Berjaya dengan cara berbeza. Mementingkan orang lain, memberi dan menghulurkan pertolongan kepada yang memerlukan. Mampu menahan marah dan memaafkan.

Contoh orang  dewasa itu sabar, kerana melepaskan kemarahan itu bisa menimpakan hal yang tidak. Mempunyai pandangan mendalam, mampu memikirkan secara Analisa dan mengambil tindakkan bijak.

Dan hamba-hamba Kami: Nabi Ibrahim dan Nabi Ishak serta Nabi Yaakub, yang mempunyai kekuatan dan pandangan yang mendalam.  

(Saad 38:45)

No comments:

Post a Comment

SOLAT MUSAFIR (JAMA' DAN QASAR)

  SYARAT SAH SOLAT MUSAFIR Perjalanan yang jaraknya hingga 81 km dan lebih. Perjalanan tersebut tidak bertujuan tidak baik. Dalam keadaan be...