Membuatkan orang rasa jiwa yang berbicara itu damai utuh dan tenang. Dan pembawakkan bicaranya itu sopan, terukur, teratur dan tidak tergesa-gesa.
Apabila berbicara tidak untuk Menang (mendominasi), sebetulnya dia cuba mencari jalan untuk sependapat, kata sepakat dan memenangkan lawan. Contoh “sebetulnya Pak kita sependapat tadi, cuma kita melihatnya dari sudut berbeza, tujuan kita sama, Pendapat Pak itu bernas”. Bayangkan orang yang tadi ingin berbalah, dimenangkan.
Beri semangat kepada orang yang kita sedang bicara dengan biasakan bertanya tentang tujuan hidup , "Hidup anda sudah baik sekarang setelah ini apa lagi yang hendak dilakukan"?
Nyatakan penghargaan atas kebaikkan orang atau balas ucapan salam (sejahtera) lebih baik dari ucapan orang itu atau sama sepertinya. Contoh Terima Kasih Ibu Nina, moga Tuhan mengurniakan kebaikkan dan hidup yang bahagia.
Berbicara hanya bila perlu, bercakaplah apabila tutur kata anda membawa kebaikkan atau memberi idea bernas untuk penambahbaikkan sesuatu perkara atau anda ingin bertanya bagi mendapatkan maklumat atau meminta penjelasan. Selain daripada itu, diamlah, senyum dan lebih banyak mendengar.
PENGHARGAAN
Manusia sukakan penghargaan. Penghargaan dari seseorang bagai satu lonjakkan motivasi supaya manusia ingin lebih Berjaya, ingin menjadi lebih baik. Oleh itu belajarlah untuk mensyukuri setiap kebaikkan yang dilakukan orang sekeliling kepada kita. Semudah mengucapkan terima kasih, serta perkataan-perkataan yang membangunkan jiwa, contoh apa yang anda laukan ini sangat bermakna, terima kasih. Terima kasih kerana menolong.
Berjabat tangan tepuk bahu dan peluk lah orang yang berjasa dan berbakti itu. Nyatakan kepada mereka yang Berjaya, Tahniah, saya melihat masa depan kamu yang cerah.Mendoakan kebaikkan, Moga Allah mengurniakan kamu kebaikkan yang banyak. Saya bersyukur atas semua kebaikkan yang dianugerahkan kepada mu, moga Tuhan merahmati dengan kesolehan dan keimanan. Pada hari hari istimewa berilah kad ucapan dan hadiah. Insyaallah dunia akan menjadi lebih baik, jika manusia saling mensyukuri.
DALIL KALIMAH YANG BAIK
Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al-Qur'an. (Al-Zumar : 23)
Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.
(Ibrahim 14:24)
Dan para hamba Allah yang diredai-Nya, ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat daripada perkara yang tidak diingini.
(Al-Furqan : 63)
Mereka tidak akan mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia tetapi mereka sentiasa mendengar perkataan yang baik-baik; dan makan minum untuk mereka disediakan di dalamnya, pagi dan petang (sepanjang masa).
(Maryam 19:62)
Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.
(Al-Baqarah 2:83)
Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.
(Faatir 35:10)
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
(Fussilat 41:33)
Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
(Al-Nahl 16:125)

No comments:
Post a Comment