Makrifatullah adalah mengenal Allah dan dapat membezakan Tuhan sekalian dari makhluk-makhluk ciptaannya. Ini adalah jalan untuk meningkatkan keimanan ketakwaan dan ketaatan kepada Allah. Menanam sifat-sifat kehambaan dan merendah diri pada Nya. Mengenal Allah melaui Asmanya (nama-nama Allah) dan, perbuatan Nya (ciptaan dan sebagainya).
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (190) (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
(A-li'Imraan 3:190-191)
Kadang-kadang ada orang yang Allah mengambilnya, mendekatkan diri kepada Allah dan memperkenalkan diri Tuhan kepada nya. Ini adalah satu anugerah. Namun hendaklah mempersiapkan diri untuk menerima anugerah ini. Kerana dunia dan isinya hanyalah permainan yang dicintai manusia, sedangkan apa yang ada disisi Allah adalah lebih mulia. Oleh itu bersiaplah untuk keluar dari sifat-sifat manusia yang rendah.
KISAH PEMBURU CINTA ALLAH
Cinta bukanlah sesuatu yang harus kita miliki, sentuh dan sayangi. Jika itulah definisi cinta maka Qarun adalah orang paling kaya cintanya. Cinta yang sebenarnya adalah engkau tahu dia ada, tetapi engakau hanya mampu mendengar berita tentangnya atau hanya menatap dikaca. Engkau merinduinya dalam diam, mengikuti perkembangan tentangnya, bertanya khabar keadaannya. Hanya untuk memastikan dia sentiasa baik, Bahagia dan gembira. Dan engkau turut diliputi kesedihan jika dia ditimpa masalah.
Biasanya sikap manusia sesuatu yang telah dia jatuh cinta, diburu bermati-matian. Lautan api sanggup direnangi, jutaan ringgit sanggup dihabiskan untuk memiliki engkau yang seorang ini. Namun setelah dimiliki menjadi sampah yang reput atau demi masa menjadi tua dan dibuang.
Begitu jualah cinta kepada Allah. Para pemburu cinta Nya. Namun kemana kita hendak pergi? Suara nya yang tidak kita dengar ? Sesuatu yang tidak kisa bisa sentuh ? Emas sepenuh bumi tidak dapat membayar kapal angkasa untuk bertemu dengan Nya. Lalu kemana. Bingung semua.
Lihat lah pada ala mini, Pada Langit yang tidak bertiang, Pada angin yang berhembus tanpa wajah, Pada ciptaan dirimu sendiri yang sempurna. Tentu ada Tuhan yang mencipta Nya. Namun jika engkau berdiri, berlari dan mendaki mencari cinta Nya dengan nafsu, tak munkin engkau temui. Kisah teladan ini:
Ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. (Janganlah engkau merasa pelik), kerana sesungguhnya mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu. Mereka berkata: "(Wahai Musa) perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata (supaya kami dapat melihatNya dan percaya kepadaNya)". Lalu mereka disambar oleh petir dengan sebab kezaliman mereka (menderhaka kepada Allah); kemudian mereka pula menyembah (patung) anak lembu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (mukjizat), lalu Kami maafkan mereka dari perbuatan yang sedemikian itu (ketika mereka bertaubat). Dan Kami telah memberi kepada Nabi Musa kekuasaan yang nyata (untuk mengalahkan kaum yang kafir itu). (An-Nisaa' 4:153)
Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)". Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.
(Al-Baqarah 2:55)
Jika benar cintamu pada Allah, engkau sang pemburu cinta Nya yang sejati. Terdapat sebuah kitab yang satu-satunya adalah hasil karya Tuhan, firman lansung dari Nya iaitu Al-Quran. Engkau akan menemui keindahan,kebijaksanaan dan kepetahan serta kasih sayang Tuhan untukmu. Carilah tuhan disana, dan amalkan ajaran-ajaran Nya.
Ada satu jalan untuk engkau menghampirinya. Iaitu Makam Ibrahim. Ia tidak terletak di Mekah. Ia adalah darjat (Maqam) Ibrahim. Namun dengan cara apakah engkau mampu sampai ke sana ?
Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Bakkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.
(A-li'Imraan 3:96)
Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.
(A-li'Imraan 3:97)
KISAH MAKRIFAT SEBAGAI TELADAN.
Si A hanyalah insan sebagaimana layaknya manusia umum. Namun sudah takdir suratan, Allah ingin memilih dirinya. Dia tumbuh sebagai anak-anak yang cintakan kebenaran, keadilan, semangat juang yang teguh. Allah mempermudahkan segala urusannya. Dia mendaki tapak demi tapak, dan menjejak dunia kerjaya, yang mempunyai pelbagai rencam dan etika. Mematuhi undang-undang manusia yang kadang-kadang menentang hukum, seperti waktu kerja yang melanggar waktu solat dan sebagainya.
Maka bermula lah kisah Tangan Tuhan Mendidiknya…
Tuhan berkuasa menghentikan Si A dari kerjanya. Sedangkan dia dikemuncak kerjaya. Si A menulis surat berhenti kerja untuk meluangkan masa menyelamatkan dan menjaga anak-anaknya. Dia berfikiran hidup nya yang selesa tidak akan diuji. Tiba-tiba dia hilang semua, kecuali anak-anak. Tiada rumah, Tiada pendapatan sedangkan anak-anak masih kecil.
Bayangkan, ia ibarat tanpa sebarang persediaan dia jatuh ke dalam air, dan jatuh ke dasar yang dalam, gelapnya malam , tidak ada sesiapa nampak tangannya yang terkapai kapai. Kerana hidupnya sentiasa baik. Oleh itu orang orang tidak akan menjangka kesusahan akan menimpa. Bayangkan keadaan seorang ibu dengan anak-anak kecil yang tiada tempat tinggal, tiada wang mencukupi. Cukuplah air mata menceritakan penderitaan.
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
(Al-Baqarah 2:214)
Dalam keadaan amat sedih, dia mula berbicara dengan hatinya. Dia mula bertanya, kenapa Ya Allah, sedangkan aku mengambil keputusan ini untuk meluangkan masa untuk anak anak. Demikian susah hidupku kerana ingin mengikuti ajaran agama (seorang ibu bertangungjawap memelihara anak-anaknya). Rintihannya yang saban malam, tiba-tiba dijawap dari dalam. Dia mendengar jawapan dari hati, “ikuti lah perintahku, lakukan hal ini, selesaikan masalah orang ramai”
Dia pun mengikuti perintah Allah, dan selalu berusaha berbicara dengan hatinya memohon petunjuk. Seolah olah Allah berada disana untuk mengajarnya melakukan itu dan ini dengan baik. Menjadi guru dan pembimbing. Dan Si A juga berusaha mendekatkan diri dengan Tuhan dengan melakukan amalan amalan soleh, seperti sunat Dhuha, Tahajud, Taubat, membaca Al -Quran dan rutin Zikir yang istiqamah, disamping amal wajib.
Tuhan mengujinya, membuatkan dia jatuh namun dengan adanya Tuhan dia tertawa. Tuhan membentuk keikhlasan hati. Dan setelah itu, datanglah rahmat kurniaan. Dalam hanya beberapa waktu, Tuhan melapangkan hidup dengan kurniaan yang banyak dan melimpah.Dan dia tetaplah dengan bawaannya, istiqamah dalam rutin ibadah dan hidup. Namun jangan lah engkau menyangka Tuhan tidak mengujimu lagi. Makrifat ini ada tingkat tingkatnya.
Si A yang telah tidak terikat lagi dengan rutin yang sibuk anak-anak ke sekolah, perniagaan diurus pembantu. Dia mula mengejar Tuhannya. Dulu hanya hati yang berbicara, dia melihat alam meneliti kekuasaan dan kebesaran Tuhan. Dan tertanya-tanya Dimana Tuhanku ?, bagaimana untuk aku sampai kepadanya? Untuk aku bersimpuh dikakinya. Untuk aku beribadat dekat dengannya.
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
(Ali'Imraan 3:191)
Dia mencari jalan, kesana ke mari mencari orang yang dapat menunjukkan jalan. Namun atas kehendak Tuhan ramai mengabaikan, dan dia dipinggirkan. Memaksa dia mencari Tuhan sendiri. Dia ingin berlari mengejar tetapi hendak ke mana? Tuhan mengetahui isi hatinya. Lalu kemana dia memandang, Allah hantarkan angin, pokok melambai lambai dan bayank lagi keajaiban (untuk memberitahu Tuhan mu selalu ada bersamamu).
Namun penampakkan alam tidak dapat mengubat rindunya. Suatu hari dia membuat keputusan untuk terbang sahaja menuju Tuhannya. Lalu beberapa waktu dia berusaha mencari cara menerbangkan roh. Suatu malam dia menerbangkan roh ke langit. Penjaga langit menhalangnya. “Aku ingin mencari Tuhanku, Janganlah engkau menhalang”, tetapi penjaga tidak berundur. Dia menumbuk dan terus terbang dengan tergesa gesa.
Sampai di dataran putih, dia melihat Jibril ada disitu, hairannya dia mengenal itu Jibril, apakah roh mnegenal? “Kemana engkau hendak pergi ?” tanya Jibril. Dia ingin mengelak Jibril acuh tidak acuh lalu menjawap, “Aku ingin bertemu Tuhanku”. Namun dilihat bajunya ada tompokkan. Lalu dia menjatuhkan badan dari langit “Kemana pula engkau hendak pergi?”, tanya Jibril. “Bajuku kotor. Nanti aku datang lagi”.
Dia pulang dan bertaubat bersungguh sungguh, sehingga mendapati bajunya dilihat putih. Dia terbang Kembali ke tempat Jibril. Namun yang ada hanya lah Jibril. “Aku ingin bertemu dengan Tuhanku”. “Engkau terhijab dari Nya, Jika Allah ingin memperlihatkan diri, baru lah engkau dapat bertemu dengan Nya”. Namun hal ini tidak membuat dia berputus asa. Setiap malam dia mendaki langit ke tempat Jibril. Terus mengetuk pintu Tuhan dengan solat malam. Hal ini berlansung sehingga 6 bulan lamanya.
Suatu ketika, penyakit menimpa masyarakat, kelaparan berlaku. Dia mengambil keputusan untuk membekalkan makanan untuk bekalan beberapa hari kepada penduduk kampung. Setelah selesai, malam itu dia mendaki lagi ke tempat Jibril. Namun apa yang dilihatnya, berbeza dari malam malam sebelum ini, cahaya yang sangat indah.Tersenyum kepadanya dan berkata kata. Pada malam itu, dia solat dihadapan tuhan. Dia tahu kini dia berpegang pada simpul yang kuat, iaitu dekat dengan Allah.
Setelah beberapa waktu, Si A tetap dengan bawaannya rutin ibadah dan hidupnya. Tanpa dia menyangka, hari hari yang sangat baik, langit yang sangat cerah. Dia merasakan apa yang dilalui sudah baik. Tiba-tiba tanpa disangka, dia diikuti makhluk makhluk kasat mata. Yang mempunyai kuasa-kuasa ghaib, kuat dan membuat huru hara. Berperang. Setiap detik dan saat mereka berkawal. Hancurlah hatinya. Derita yang tiada siapa faham.
Kali ini Ujian benar benar, dalam lautan dalam yang sedia gelap gelita, di jurang Mariana, pada waktu malam dalam hujan lebat, halilintar, awan hitam dan rebut taufan. Bayangkan. Setiap detik mereka berkawal, perang Meletus tidak kira waktu. Melawan seorang diri , mungkin disana ada pertolongan ghaib yang tidak diketahuinya. Kadang kadang rasa semua kaki tangan tercabut, urat urat putus. Tertangkap. Ditahan. Berhadapan makhluk makhluk ganas. Dia ingin meminta tolong, tetapi siapa? Penderaan yang amat teruk ke atas fizikal, mental dan rohani.
Waktu solat dan ibadah yang sentiasa terganggu. Dia tidak aman lagi. Namun sedar istiqamah adalah penting.
Dia memohon pertolongan Allah, dan Allah ada bersamanya. Malaikat turun berperang untuknya. Tetapi, syaitan-syaitan tetap berdegil. Perang tidak berhenti, bulan demi bulan, sehingga tahun ke tahun. Bayangkan, tiada komander dari manusia berdiri dikanan dan kirinya, kerana manusia tidak memahami apa yang berlaku. Dia sedang berperang dialam ghaib, tetapi orang melihat jasadnya ada dan mereka membutuhkan dia melunaskan tangungjawap manusiawinya. Sedangkan rohnya ber tempur.
Dia meminta tolong kepada Allah, dan semestinya Allah menolongnya. Tetapi musuh tidak berhenti, dia tidak mati, deritanya tiada penhujung. Bayangkan… betapa hancur hatinya. Ketika ini dia diuji dengan kemarahan yang tidak dapat diucapkan, tiada bahu untuk menampung, hanya Allah yang memahaminya. Dia ingin menyatakan marah kepada Allah, Tuhan nya?. Apakah dia tidak redha, Apakah dia memarahi takdir. Hendak diluahkan, Dia hanya lah Hamba, dan Tuhan adalah kekasih hatinya.
Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al-Anfaal 8:17)
Bayangkan dia terpaksa mengenggam sabar… Allah mengetahui isi hatinya. Bukan sahaja tidak ada ruang untuk bercakap, bisikkan hati juga penting, bagi menjaga hubungan nya dengan Allah. Akhirnya Sabar terpaksa menentang kemarahan. Oleh itu dia terpaksa mencari jalan bagaimana untuk bersabar dengan kesabaran yang baik. Dari sinilah dia belajar banyak perkara, yang tak mungkin dia akan mampu sampai tanpa peperangan yang dasyat ini.
1- Dia belajar erti Hakikat syukur yang sebenarnya. Dia mengenangkan segala nikmat dan limpah kurnia selama ini yang Allah berikan kepadanya,anak-anak, harta benda, keamanan, kasih sayang Allah. Bersyukurlah atas nikmat Tuhan. Sekarang semuanya masih sangat baik, cuma dia perlu berjihad ketika ini. Bersabarlah
2- Dan dia memahami istilah Berjihad. Dan jihad ini berdiri antara dua, menang dengan penuh kegemilangan atau mati syahid. Kalah tidak ada dalam kamus orang beriman.
Bersangka baik terhadap Allah. Bayangkan selama ini dimanjakan, Allah selalu ada bersamanya mengatasi segala ranjau. Kini Allah masih ada bersamanya, Cuma derita tidak berakhir. Perangilah musuh Allah dan musuhmu itu. Bersangka baik lah kepada Allah.
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. (30) "Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini olehmu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.
(Fussilat 41:30-31)
3- Erti Tawakkal Hanya kepada Allah dia bergantung harap. Ketika inilah, dia merasakan semua makhluk meninggalkannya. Allah biarkan semua makhluk pergi, yang hanya tinggal dihati hanyalah Allah. Ini lah istilah, menyerah diri bulat bulat kepada Allah
5- Dia belajar didunia ini dia tidak hidup seorang. Disana terdapat pelbagai makhluk. Yang beriman menjadi teman. Yang kafir hanyalah makhluk yang mungkin belum sampai hidayah kepadanya. Andai tangan dapat dihulur supaya mereka beriman, mengapa mengangkat pedang yang menyebabkan mereka menjadi lebih kafir.
Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.
(Fussilat 41:34)
Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat. (Fussilat 41:35)
6- Dimedan tempur inilah dia mengetahui kekuatan dan kekuasaan Tuhannya yang Maha Gagah Perkasa dan Maha Besar. Oleh itu mengapa dia tidak memohon kepada Tuhan Nya untuk menjadi pelindung. Apabila dia berperang sendiri, penatnya masyaallah. Tetapi apabila dia mengharapkan Tuhan, Tuhan datang dengan gagah sekali, mudah bagi Allah. Makhluk hanyalah seperti kuman.
Adapun kaum Aad, maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar, serta berkata: "Siapakah yang lebih kuat dari kami?" Dan (mengapa mereka bersikap demikian?) Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka? Dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia mengetahuinya).
(Fussilat 41:15)
Kalau kamu tidak menolongnya maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir mengeluarkannya sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(At-Taubah 9:40)
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.
(Al-Baqarah 2:193)
… kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).
(An-Nisaa' 4:19)
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?"
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
(Al-Baqarah 2:214)
Dia belajar bagaimana untuk mendiamkan bisikkan hatinya. Menasihati jiwanya sendiri supaya berkata-kata baik, tidak mengeluh dan mencela. Akhirnya dia sampai kepada satu tingkat. Pembersihan jiwa dan bathin dari hal-hal berbaur dosa.
Kamu diwajibkan berperang sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(Al-Baqarah 2:216)
Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi!
(Fussilat 41:23)
Dan supaya Ia menyeksa orang-orang munafik - lelaki dan perempuan, dan orang-orang musyrik - lelaki dan perempuan, yang menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang buruk (bahawa Ia akan mengecewakan RasulNya). Atas merekalah tertimpanya bala bencana yang dibawa oleh peredaran zaman; dan (selain itu) Allah murkai mereka dan melaknatkan mereka serta menyediakan untuk mereka neraka Jahannam; sedang neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
(Al-Fat-h 48:6)
HIKMAH UJIAN YANG MENIMPA AHLI MAKRIFAT
1- Engkau tidak akan sampai kepada hakikat iman yang sebenarnya, hakikat sabar, redha, syukur, tawakkal dan kehambaan diri kepada Tuhan tanpa melalui jalan ujian.
2- Di atas segala kesusahan itu, Tuhan hanya ingin menganugerahkan nikmat yang lebih baik dari isi dunia yang tidak kekal. Sedangkan jika engkau telah mencapai hakikat sabar, redha, tawakkal siapakah yang dapat mencuri keteguhan itu darimu. Siapa yang dapatmematahkan setelah Allah memperkuatkan dirimu.
3- Ia ibarat membentuk engkau menjadi permukaan laut yang tenang tidak membadai. Sedangkan didalamnya, bermacam macam makhluk tinggal, bermacam macam hal berlaku. Menjadi Jiwa Tenang tidak bergoncang.
4- Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak dalam kesempitan. Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan. Allah melepaskan kedua duanya supaya engkau tidak bergantung selain Allah. Supaya engkau berpegang pada hakikat La Haulawa Quwata Illa billahil aliyilazim.
5- Perjalanan Panjang ini bermula dengan jatuh cinta kepada Allah, yang sangat baik denganmu. Sehingga engkau tenggelam dalam cinta Nya. Kemana arah dipandang, yang Nampak Allah. Kemana dia pergi, kekasih dibawa dihatinya. Jika dia sakit, derita, marah akan diusaha untuk menyembunyikan perasaannya. Itulah kekasih. Lautan api ku renangi.

No comments:
Post a Comment