Orang yang mudah Marah bisa menimpakan bencana yang membawa kepada kekesalan kemudian hari. Oleh itu kita harus belajar bagaimana untuk menahan marah.
Bila rasa marah, mundur, Diam dan cuba bertenang. Fikirkan, jika orang lain marah apa yang dilakukannya. Kita harus keluar dari kotak masalah (meletakkan diri sebagai pemerhati, bukan orang yang sedang emosi). Jika tidak bisa, alihkan perhatian pada perkara yang lain, tinggalkan perbalahan, minum air dulu dan sebagainya. Kerana keputusan atau tindakkan yang dibuat dalam keadaan marah selalunya keluar dari kewarasan.
DALIL MENAHAN MARAH
• Menahan Marah adalah satu amal kebaikkan.
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; (133) Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; (A-li'Imraan 3:134)
• Menahan marah, cara menyucikan diri
Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".
(Al-Anbiyaa' 21:87)
• Marah sering berakhir dengan penyesalan. Menahan marah lebih baik.
Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul?
(Al-Furqaan 25:27)

No comments:
Post a Comment