Wednesday, 10 July 2024

MENGENAL DIRI SENDIRI

SIAPAKAH DIRI SAYA SEBENARNYA?

Saya adalah Hamba Allah. Didatangkan ke dunia untuk mengerjakan ibadah kepada Allah dan diseru untuk melakukan kebaikkan dan kebajikan serta amal-amal soleh.


APAKAH KEKUATAN DAN KELEBIHAN YANG DIMILIKI?

Dengan mengetahui kelebihan diri, ianya dapat dibangunkan sebagai asset penting untuk melakukan amal kebaikkan bagi membantu orang ramai kerana Allah. Ini dapat dilakukan dengan membuat intropeksi terhadap diri sendiri. Apakah kekuatan saya? Apakah minat saya?  

Contoh seorang yang minat dengan reka bentuk bangunan, memilih untuk menjadi arkited. Seorang yang pandai berbicara mengajar manusia bagaimana untuk berkomunikasi dengan baik dan berkesan. Selalunya kelebihan berkait rapat dengan minat yang mendalam ke atas sesuatu perkara. Apakah minat saya? 


APAKAH MATLAMAT HIDUP SAYA?

Matlamat yang Jelas, Khusus dan mempunyai jangka waktu adalah penting dalam menjadikan diri anda sebagai orang yang Berjaya. Contoh:

Saya ingin menjadi hamba Allah yang baik ibadahnya?

Tetapkan solat 5 waktu diawal waktu, membaca Al quran 2 surah sehari pagi dan malam. Berzikir dan bertasbih kepada Allah pagi dan petang. Berselawat kepada baginda Rasulullah saw. Mengerjakan sunat Dhuha dan Tahajud.


Saya ingin menjadi seorang yang pemurah?

Membayar zakat dan berazam untuk memperbanyakkan sedekah dan infak kepada anak yatim, fakir miskin dan mereka yang dalam kesusahan. Bercita-cita menjadi pembayar zakat, bukan penerima, Membantu orang keluar dari kesusahan maka saya harus menjadi lebih kuat, pencetus inspirasi dan berkemampuan dari segi kewangan.


Saya ingin menjadi seseorang yang melakukan kebaikkan?

Saya ingin membantu menyelesaikan masalah orang ramai menggunakan kebolehan/ Keistimewaan/ Minat yang saya ada, kerana Allah. Contoh, saya minat dengan tumbuh tumbuhan. Maka saya akan menuntut ilmu lebih mendalam dan lebih khusus, contoh Tanaman Hiasan. Setelah itu, 2 tahun dari sekarang, saya ingin membuka nurseri , supaya orang ramai boleh mendapatkan tanaman hiasan, menghias rumah mereka, sedap mata memandang, dan moga tanaman yang pelbagai itu dapat membuatkan mereka melihat kebesarang Tuhan Sang Maha Pencipta, seterusnya mereka ingat kepada Tuhan.


Saya ingin memiliki keluarga yang Bahagia?

Oleh itu saya ingin menjadi anak soleh yang taat pada ibu bapa. Anak yang membuatkan hati ibu ayah gembira dan, Bahagia. Moga saya menjadi anak yang berbakti dan meringankan beban yang ditangung oleh ibu ayah. Saya ingin adik beradik sentiasa ceria gembira dan merasa diri mereka dihargai. Oleh itu saya akan berusaha untuk lebih mengucapkan terima kasih, membuat kejutan kepada mereka dengan pemberian penghargaan seperti kad dan hadiah.

No comments:

Post a Comment

SOLAT MUSAFIR (JAMA' DAN QASAR)

  SYARAT SAH SOLAT MUSAFIR Perjalanan yang jaraknya hingga 81 km dan lebih. Perjalanan tersebut tidak bertujuan tidak baik. Dalam keadaan be...