Wednesday, 10 July 2024

NABI IBRAHIM AS IMAM MANUSIA

Memandangkan kita di era menunggu kedatangan seorang sosok terkemuka Al Mahdi, oleh itu marilah kita memahami satu-satunya rasul Allah yang dijadikan Imam kepada Manusia yang disebut dengan jelas dalam Al Quran iaitu Nabi Ibrahim as.

Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah, maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim."  (Al-Baqarah 2:124) 

Apabila Allah mengutuskan seseorang Nabi kepada sesuatu kaum, maka dia adalah seorang Lelaki. Nabi Ibrahim as terkenal sebagai seorang diri, dan Allah jadikan dia imam kepada umat manusia. Dia dikatakan sebagai Nabi yang paling hampir dengan Nabi Muhammad saw. Apakah maksudnya paling hampir  itu ? Apakah dia didatangkan untuk menjadi imam setelah, tamatnya kenabian.

Sesungguhnya orang-orang yang paling hampir kepada Nabi Ibrahim ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini serta orang-orang yang beriman . Dan (ingatlah), Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang-orang yang beriman. 

(A-li'Imraan 3:68) 


TEMPAT NABI IBRAHIM, HAZAL BALADIL AMIN

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman:" (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali".  

(Al-Baqarah 2:126) 

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri ini  negeri yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala. 

(Ibrahim 14:35)


AGAMA IBRAHIM

Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar; dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik. (Al-Nahl 16:123)

Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya). 

(Al-Baqarah 2:130) 

Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: "Jadilah kamu pemeluk agama Yahudi atau pemeluk agama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk". Katakanlah: "Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut agama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid, dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik". 

(Al-Baqarah 2:135)


KETEGUHAN IMAN NABI IBRAHIM

Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan". Ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat?" Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. 

(Al-Baqarah 2:258)

Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk agama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik.  

(A-li'Imraan 3:67)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan agama Nabi Ibrahim yang ikhlas (berdasarkan Tauhid), dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik.  (A-li'Imraan 3:95) 


IMAM MANUSIA, NABI IBRAHIM AS SEORANG DIRI

Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan "satu umat" (walaupun Ia seorang diri); ia takat bulat-bulat kepada Allah, lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid; dan ia tidak pernah menjadi dari orang-orang yang musyrik. 

(Al-Nahl 16:120)

Jelas dari ayat ini, Nabi Ibrahim as tidak mempunyai pengikut walaupun dia diangkat Allah sebagai imam manusia. Dan Allah menjadikan kekuatan dirinya seolah olah satu umat. Pernahkah anda fikir kenapa? Adakah dia datang tidak seperti dalam kontek pemahaman yang difahami dan diterima manusia yang menganggap pendapat mereka paling benar. 


MANUSIA KAUM YANG UMMI

Kedua dua ibu-bapa manusia telah dikeluarkan dari jannah. Apakah jannah? Menjadikan manusia anak-anak yatim yang ummi. Mereka tidak mempunyai pengetahuan, penglihatan, pendengaran mahupun hati nurani tentang alam ini, semesta dan hakikat ghaib. Sebahagian kebenaran disimpan. Manusia hidup tanpa pengetahuan yang benar.

Lalu Allah memanggil Ibrahim as, menjadi Imam manusia (suri teladan) untuk diangkat ke Jannah, sebagai keadilan untuk manusia. Dalam Al Quran menyebut, kami menunjukkan kebesaran dan kekuasaan langit dan bumi kepada Ibrahim as. Namun apa kebenaran yang sampai kepadanya, jauh dari aliran fahaman manusia yang telah diprogramkan oleh musuh-musuh manusia. Hitam menjadi putih, Putih menjadi Hitam. Oleh itu, dia tidak diikuti.

Mereka itulah orang-orang yang telah dimeteraikan Allah Taala hati mereka dan pendengaran mereka serta penglihatan mereka; dan merekalah orang-orang yang lalai. 

(Al-Nahl 16:108) 


NABI IBRAHIM ADALAH ORANG YANG MELIHAT KEKUASAAN ALLAH DILANGIT DAN BUMI

Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.  (Al-An'aam 6:75) 


PENYERAHAN DIRI KEPADA ALLAH

Pada akhir zaman, Allah memanggil Nabi Ibrahim as untuk menyerah diri bulat-bulat kepada Nya. Tunduk patuh kepada Tuhan sekalian alam.

(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!" Nabi Ibrahim menjawab: "Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam". (Al-Baqarah 2:131)


WASIAT NABI IBRAHIM

Nabi Ibrahim adalah seorang muslim dan dia mewasiatkan agama Islam kepada manusia.

Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam". 

(Al-Baqarah 2:132)


KELEBIHAN NABI IBRAHIM

Menyeru yang telah mati bangkit pada kehidupan semula.

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman: "(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 

(Al-Baqarah 2:260)


NABI IBRAHIM KESAYANGAN ALLAH

Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut agama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya. (An-Nisaa' 4:125)


MAKAM IBRAHIM

Dimanakah makam Ibrahim. Dan bagaimana untuk masuk bersama orang orang beriman yang bersamanya?

Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. 

(A-li'Imraan 3:97) 


ISTIFAR NABI IBRAHIM UNTUK BAPANYA

Dan bukanlah istighfar Nabi Ibrahim bagi bapanya (dibuat) melainkan kerana adanya janji yang dijanjikan kepadanya; dan apabila ternyata kepada Nabi Ibrahim bahawa bapanya musuh bagi Allah, ia pun berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu lembut hati lagi penyabar. 

(At-Taubah 9:114) 


SIKAP NABI IBRAHIM

Sesungguhnya Nabi Ibrahim, penyabar, lembut hati (bertimbang rasa) lagi suka kembali kepada Allah dengan mengerjakan amal bakti.  (Hud 11:75)

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ibrahim; sesungguhnya adalah ia seorang yang amat benar, lagi menjadi Nabi.  

(Maryam 19:41)

(Setengah dari) mereka berkata: "Kami ada mendengar seorang anak muda bernama Ibrahim, mencacinya (berhala)". 

(Al-Anbiyaa' 21:60)

Nabi Ibrahim berkata: "Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda yang kamu sembah itu?   

(Asy-Syu'araa' 26:75)

Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan (balasan baik) hari akhirat. Dan sesiapa yang berpaling daripada mencontohi mereka, (maka padahnya akan menimpa dirinya sendiri), kerana sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. 

(Al-Mumtahanah 60:6)


SIKAP KAUM NABI IBRAHIM

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ibrahim, ketika ia berkata kepada kaumnya: "Sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepadaNya; yang demikian itu adalah baik bagi kamu jika kamu tahu (membezakan yang baik dari yang buruk) 

 (Al-'Ankabuut 29:16)

Kemudian, seruan Nabi Ibrahim tidak dijawab oleh kaumnya melainkan dengan kata-kata (tentangan yang keras): "Bunuhlah dia atau bakarlah dia". Maka Allah selamatkan Nabi Ibrahim dari api (yang disediakan oleh kaumnya). Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang (mahu) beriman. 

(Al-'Ankabuut 29:24)

Dan Nabi Ibrahim berkata pula (kepada kaumnya): "Perbuatan kamu menyembah berbagai berhala, tidak menyembah Allah itu, hanyalah kerana menjaga hubungan kasih mesra di antara kamu masing-masing dalam kehidupan dunia ini; kemudian pada hari kiamat kelak setengah kamu akan membantah setengahnya yang lain, dan setengah kamu pula akan melaknatkan setengahnya yang lain; dan (kesudahannya) tempat kembali kamu ialah neraka, dan kamu tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan". 

(Al-'Ankabuut 29:25)

Maka mereka (dengan perbuatan membakar Nabi Ibrahim itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang terkebawah (yang tidak berjaya maksudnya). 

(As-Saaffaat 37:9)

No comments:

Post a Comment

SOLAT MUSAFIR (JAMA' DAN QASAR)

  SYARAT SAH SOLAT MUSAFIR Perjalanan yang jaraknya hingga 81 km dan lebih. Perjalanan tersebut tidak bertujuan tidak baik. Dalam keadaan be...