Kita diajar untuk sentiasa melakukan yang Terbaik dalam apa sahaja. Apakah benar? Kita sebenarnya hanya perlu melakukan hal terbaik dalam yang perlu dan penting sahaja. Dan usah dilalaikan oleh perkara-perkara tidak penting
Jika semua perkara harus dilakukan dengan cara terbaik, kita bisa penat, hilang tenaga, akhirnya semua perkara tidak ke mana mana. Apakah perkara yang penting itu? Contoh, yang wajib itu solat 5 waktu dan diawal waktu. Yang ini apa sahaja kerja kita tinggalkan apabila mendengar azan, lansung ke masjid solat berjemaah. Menonton tv itu tidak penting, mengapa perlu saya duduk berteleku sehabis baik berjam-jam lamanya menonton tv.
Kebanyakkan orang tidak jelas apa yang perlu dan apa yang tidak perlu dilakukan. Kita tidak bisa menang disemua pertempuran, Oleh itu pilihlah pertempuran yang membawa pertempuran menuju kemenangan hari Akhirat itu yang terbaik. Hendaklah, setiap insan bertanya kepada dirinya, Tujuan apa aku hidup didunia. Dari Tujuan itu dia dapat merancang dan mengambil tindakkan yang penting dan berkaitan bagi merealisasikan impian.
Ini seni membangunkan hidup yang jelas tujuannya. Jika kita tidak fokus kepada perkara yang perlu dan penting sahaja, hidup seluas mungkin, kita menarik masalah yang banyak kedalam hidup. Dengan ahli masjid kita berteman, kaki lepak kedai kita berkawan, kumpulan makcik bawang menjadi ahli. Berapa banyak masalah perlu difikirkan. Tidak salah bertegur sapa berkenalan dengan semua orang, tetapi yang dipanggil sahabat atau orang dilingkungan kita itu biarlah yang membawa rahmat.

No comments:
Post a Comment