Tuesday, 9 July 2024

BAHAGIAN IBADAH

 PERTAMA , IBADAH KHUSUS

Merangkum Rukun Iman dan Rukun Islam tauhid, solat, puasa, zakat, haji serta ibadah -ibadah sunat yang lain solat sunat, puasa sunat, sedekah, tilawah al-quran, infak, zikir. Biasanya merujuk kepada ibadah individu.


KEDUA, IBADAH UMUM

Ibadah Umum meliputi amal kebaikkan dan amal kebajikan yang dilakukan untuk kepentingan orang ramai, menyelesaikan masalah masyarakat. Membuat tranformasi bagi membangunkan ketamadunan. Ia boleh dilakukan dengan tiga 

  1. Pertama, Kekuatan Badan dengan menghulurkan pertolongan bantuan menggunakan tenaga, seperti misi banjir. 
  2. Kedua, menggunakan harta-benda atas jalan Allah seperti sedekah, infak. 
  3. Ketiga, menggunakan akal fikiran dan  hati dan jiwa bagi menyampaikan ilmu-ilmu bermanfaat atau memberi motivasi dan nasihat. 


SYARAT AMAL UNTUK MENDAPAT STATUS IBADAH

1.Amalan-amalan yang dikerjakan itu mestilah bersesuaian dengan hukum Islam dan tidak bercanggah dengan hukum .

2.Amalan tersebut dilakukan dengan niat yang baik kerana Allah.

3.Amalan tersebut mestilah dilakukan dengan seelok-eloknya. 

4.Tidak menzalimi orang lain, tidak khianat, tidak menipu, tidak menindas orang lain dan merampas hak-hak orang.

RUTIN IBADAH MUSLIM

Sebelum Subuh

Bangun lebih awal 4-5 pagi untuk mengerjakan solat malam seperti solat Tahajud, solat Taubat, solat witir, dan berzikir serta beristifar kepada Allah

Masuk waktu Subuh

Mengerjakan solat sunat sebelum subuh dua rakaat.

Solat subuh, berwirid , berdoa

Bacalah Al Quran contoh surah Yaasin, Al Kahfi atau mathurat

Pagi

Mengemas tempat tidur

Bersiap ke tempat kerja

(niat segala amal kebaikkansepanjang hidupku untuk Allah)

Sarapan

Bagi yang kelapangan senaman, berkebun, mengemas rumah

Dhuha

Mengerjakan solat dhuha 2-4 rakaat

Bagi yang kelapangan amalkan rutin zikir

Kemudian meneruskan rutin hidup (niat amal kebaikkan)

Tengah hari

Tidur sebentar

Solat Zohor, berwirid, berdoa

Teruskan rutin hidup (niat amal kebaikkan)

Asar

Petang

Solat Asar, berwirid, berdoa

Amalkan rutin zikir

Bagi yang kelapangan senaman, berkebun.

Maghrib

Isya

Pergi ke masjid solat Maghrib dan Isya Jemaah

Antara waktu manfaatkan dengan membaca Al quran seperti surah Al Mulk, Al waqiah jika ada kuliah agama manfaatkan menuntut ilmu

Sebelum tidur

Bacalah sekurang kurangnya 2 helai mukasurat buku-buku agama, positif, motivasi, hikmah.

Zakat

Puasa

Sedekah

Tunaikanlah zakat

Berpuasalah dibulan puasa dan jika berkemampuan pada hari Isnin dan khamis serta pada hari-hari yang disunatkan, sedekah, infak


No comments:

Post a Comment

SOLAT MUSAFIR (JAMA' DAN QASAR)

  SYARAT SAH SOLAT MUSAFIR Perjalanan yang jaraknya hingga 81 km dan lebih. Perjalanan tersebut tidak bertujuan tidak baik. Dalam keadaan be...