Saturday, 6 July 2024

PUASA

PENGERTIAN PUASA: menahan diri dari makan minum serta semua perbuatan yang dapat membatalkan puasa dari terbitnya matahari hingga matahari tenggelam dengan diawali niat. “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,”

 (QS. Al-Baqarah [2]: 183).


SYARAT SAH/ WAJIB PUASA

  1. Beragama islam dan tidak murtad. 
  2. Baligh. Tidak diwajibkan puasa buat mereka yang belum cukup umur. Namun Latihan untuk kanak-kanak adalah baik 
  3. Dapat membezakan yang mana yang baik dan buruk (berakal/mumayyiz) 
  4. Diberi rukhsah buat mereka yang dalam musafir (jika mampu berpuasalah ia adalah lebih baik) dan keuzuran (sakit, tidak sihat dan sebagainya)
  5. Nyata waktu masuknya bulan Ramadhan


NIAT PUASA

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala


Lafaz Niat Puasa Ramadhan Sepenuhnya (Sebulan)

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala


PERKARA MEMBATALKAN PUASA

1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja

2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka

3. Muntah Dengan Sengaja

4. Gila

5. Murtad

6. Keluar Mani Dengan Dengaja

7. Bersetubuh Di Siang Hari


MASALAH HAID

(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain….dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu , kalau kamu mengetahui.

(Al-Baqarah 2:184)

Berdasarkan dalil di atas Islam memberi keringanan kepada orang yang bermusafir, atau sakit (menderita sakit, lemah, tidak berdaya atau terlalu tua) , oleh itu wanita yang dalam haid digalakkan berpuasa , melainkan mereka dalam keuzuran (lemah, senggugut)


KIFARAT :

Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua-dua Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :

Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P (Sekiranya Tidak Mampu)

Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus (Kalau Tidak Berdaya)

Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin


JENIS-JENIS PUASA

PUASA HARAM

1- 1 Syawal, hari Raya aidilfitri

2- 10 Zulhijjah, hari Raya Aidiladha

3- Hari Tasyriq iaitu 11, 12, 13 Zulhijjah

PUASA SUNAT

Puasa enam hari bulan syawal

1- Hari Isnin dan Khamis

2- Hari asyura, 10 Muharaam

3- Hari arafah, 9 Zulhijjah

4- Puasa Nisfu syaaban, 15 syaaban

PUASA NAZAR

1- Puasa yang dilakukan kerana diniatkan untuk berpuasa sekiranya terkabul sesuatu hajat.


MEMBAYAR FIDYAH

Mereka yang perlu membayar Fidyah terdiri daripada:

1. Orang tua yang terlalu uzur dan lanjut usia. Jika dia berpuasa, berkemungkinan akan memudaratkan dirinya. Ahli keluarga disarankan untuk tidak memaksa warga emas itu untuk berpuasa.

2. Orang yang sakit dan tidak kelihatan akan segera sembuh atau tidak sembuh dan tidak ada harapan sembuh. Contoh orang yang sakit seperti kanser tahap 4.

3. Orang yang mengalami gastrik. Individu seperti ini perlu berjumpa doktor untuk memastikan sama ada tahap gastrik yang dialami itu tidak membolehkannya berpuasa. Biar pihak berwajib mengesahkan dia boleh puasa atau tidak.

4. Perempuan mengandung dan menyusukan anak kerana bimbang keselamatan anak dalam kandungan atau bayi yang disusukan. Sekiranya perempuan itu bimbang akan keselamatan dirinya, mereka hanya wajib qada puasa.

5. Orang yang mati tetapi belum menggantikan puasa yang tertinggal.

(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

(Al-Baqarah 2:184)

“Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.” (Riwayat al-Tirmizi)


HUKUM FIDYAH

Pembayaran fidyah hukumnya WAJIB. Ia perlu disempurnakan mengikut bilangan hari puasa yang ditinggalkan dan tidak digadhakan (diganti) atau terlewat menggantikan sehingga masuk bulan Ramadhan tahun depan. Sekiranya tidak dilaksanakan, ia akan menjadi satu tanggungan atau hutang kepada Allah SWT.


CARA PENGIRAAN FIDYAH

Untuk kira bayaran fidyah anda perlulah gandakan nilainya dengan jumlah hari yang anda tinggal puasa. Sebagai contoh, misalnya Lembaga Zakat meletakkan nilai secupak beras adalah RM 1.80 untuk kiraan fidyah.

Jadi, sekiranya anda tinggal puasa selama 3 hari, maka kadar bayaran fidyah adalah:

RM 1.80 (1 cupak ) X 3 hari = RM 5.40

Jika anda melangkau tahun contohnya anda tidak berpuasa selama 3 hari pada tahun 2017 dan ingin gantikan puasa serta bayar fidyah pada tahun 2021, maka kadar fidyah adalah seperti berikut :

RM 1.80 (1 cupak) X 4 tahun X 3 hari = RM 21.60

Jika anda malangkau tahun kerana terlupa untuk menggantikan puasa dalam tempoh sebelum masuk bulan puasa seterusnya, maka waji menggantikan puasa bilangan hari yang tinggal serta fidyah.




No comments:

Post a Comment

SOLAT MUSAFIR (JAMA' DAN QASAR)

  SYARAT SAH SOLAT MUSAFIR Perjalanan yang jaraknya hingga 81 km dan lebih. Perjalanan tersebut tidak bertujuan tidak baik. Dalam keadaan be...