Setiap manusia adalah pemimpin. Paling kurang memimpin dirinya sendiri. Ahli keluarganya, Jabatan, Kumpulan agama (ahli masjid), wakil masyarakat dan sebagainya.
Setiap orang dianugerahkan satu kelebihan atau keistimewaan tersendiri yang jika dibangunkan akan melahir seorang pemimpin atau pakar dalam hal tersebut. Semulajadinya, setiap manusia dilahirkan untuk berjaya. Tinggal bagaimana dia menentukan halatujunya, ketinggian ilmu dan cara mempraktikkan.
Lingkungan yang baik akan melahirkan orang-orang baik. Namun, perhatikan di media itu sepertinya lingkungan manusia hari ini semuanya sedang menuju era kegelapan. Oleh itu untuk menjadi orang baik anda sendiri harus bangkit, dan membangunkan kepribadian yang baik, teguh dan kuat. Inilah eranya sesiapa yang ingin berpegang kepada ajaran agama dan kebaikkan itu bagai memegang bara api.
Kenapa kegelapan menimpa. Kerana, budaya hari ini ialah mencari salah orang. Berbuat baik yang dilihat kekurangannya. Kebaikkan dilakukan tidak dipandang. Salah yang satu menenggelamkan, seluruh kebaikkan yang ada. Menjadi bahan cerita, omongan dan sindiran. Yang mengkritik dan yang dikritik menyalakan api perbalahan. Menyebabkan tamadun manusia runtuh.
Oleh itu, kita harus bangkit dan membangunkan kepribadian mulia. Dan menunjukkan contoh baik kepada orang ramai. Dan menyeru manusia kearah kebaikkan dengan tingkahlaku mulia dan tutur kata yang sopan.

No comments:
Post a Comment