Jika dalam sesuatu hal kita bersikap tegas dan berkeras kerana ianya benar, tetapi keadaan menjadi buruk, apakah perlu kita mengalah sahaja supaya hidup aman. Jawapannya, apakah punca masalah? Bertegas tidak semestinya dengan jalan yang keras. Apakah dengan mengalah, akan aman jiwa ? Tentu tidak.
Kita perlu jelas, dalam sesuatu hal apakah kebenarannya. Dan mencari cara atau jalan penyelesaian yang tepat dalam mencapai tujuan tersebut.
Contoh Ali dan Ahmad sedang menuju ke Bethalahem, Ali mencadangkan jalan A tetapi dibantah sesungguhnya oleh Ahmad yang merasakan jalan B terbaik. Ali hakikatnya mengetahui dengan benar jalan A lebih selamat dan lebih singkat waktunya. Apa perlu Ali mengalah begitu sahaja. Bertenang dan cuba cari jalan bagaimana dia dapat berbicara dengan aman kepada Ahmad, disertai hujah yang kukuh serta tutur bicara yang aman.
Contoh A ingin menyampaikan ilmu, dan sememangnya kita seorang yang berilmu, namun jika Caranya buruk. Dia dianggap tidak berilmu, lagi tidak dihormati. Oleh itu yang penting adalah CARA NYA. Cara yang baik, orang akan menghormati. Biasanya orang yang dihormati, mempunyai hubungan yang baik dengan Tuhan.
Dengan jalan apakah kita mampu mencapai hubungan baik dengan Tuhan? Dengan jalan mengikuti kebenaran, kesabaran, redha, ikhlas, tawakkal dan kasih sayang.

No comments:
Post a Comment