Wednesday, 10 July 2024

TEMAN MEMBAWA RAHMAT

Bergaullah dilinkungan yang baik, bersemangat dan membawa rahmat. Kerana jiwa manusia mempunyai aura yang berjangkit. Baik niatnya, Baik tingkahlakunya, maka Baik masyarakatnya. 

Mengapa penting hidup disamping orang-orang baik? 

Kerana, mereka bukan saja boleh menjadi teman berbicara, berkongsi idea dan pengalaman, malahan saling tolong menolong dan saling menasihati. Jika ada diantara kita yang terjun kedalam air terkapai kapai kelemasan, ada teman yang dapat menarik keluar. Jika ada yang menyalakan api, ada yang memadamnya. 

Jangan tinggal dilinkungan, yang seorang terjun ke laut, ramai ramai ikut terjun juga. Lemas semua. Seorang nyalakan api, ramai ramai tiupkan. Satu kampung rentung.

Kebaikkan itu bukan bermula dari hati, tetapi bermula dari lingkungan asuhan. Anak kecil itu lahir tidak mengenal apa apa, lalu dia belajar dari linkungan tempat dia dibesarkan, membentuk hati, akal dan akhlaknya. Dari asuhan itu, maka lahirlah hati yang bermacam macam. 

Beruntung orang yang melakukan pembaikkan dengan menuntut ilmu, mencari halatuju kehidupan , membangun pribadi mulia seterusnya berubah menjadi lebih baik. Rugilah orang yang hanya bergantung pada linkungan untuk menjadi baik.

( Because of you my frenz, I laugh a little harder, cry a little less, and smile a lot more.)

SIAPA TEMAN YANG BAIK?

Iaitu hamba-hamba Allah yang pengasih dan penyayang, yang Amanah dan jujur, yang mementingkan sahabatnya seperti dirinya sendiri, yang saling menasihati ke arah ke baikkan. Yang taat dan soleh. Saling Tolong menolong. Yang jatuh bangun bersamamu. Yang menjaga airmuka sahabat dihadapan orang ramai. Jika dia ingin menasihatimu, dilakukan dalam keadaan tersembunyi hanya engkau dan dia. Yang membenarkan perkataanmu. Mengelak untuk berbalah denganmu.

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).

(An-Nisaa' 4:69) 

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah.

(An-Nisaa' 4:139)

Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-orang kafir (musyrik) teman rapat mereka. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal di dalam azab (neraka). 

(Al-Maaidah 5:80)

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran dari Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

(Az-Zukhruf 43:36)

Pada hari ini, setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu, kerana sesungguhnya kamu dan teman-teman kamu itu tetap menderita bersama-sama di dalam azab.

(Az-Zukhruf 43:39)

Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama , dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

(Al-Mumtahanah 60:9)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dalam kubur.

(Al-Mumtahanah 60:13)

No comments:

Post a Comment

SOLAT MUSAFIR (JAMA' DAN QASAR)

  SYARAT SAH SOLAT MUSAFIR Perjalanan yang jaraknya hingga 81 km dan lebih. Perjalanan tersebut tidak bertujuan tidak baik. Dalam keadaan be...