KEMANAKAH KITA HENDAK PERGI ?
UNTUK APA KITA HIDUP DI DUNIA ?
Tidak Allah ciptakan manusia ini melainkan dengan tujuan untuk beribadah kepada Nya. Oleh itu kita semua menuju arah yang sama kehidupan dunia Cemerlang untuk dipetik hasilnya Di Akhirat Kelak. Ibarat didunia ini kita menanam biji benih , disiram, dibaja, dididik sehingga tumbuh menjadi anak kecil, menahan kuatnya perubahan cucaca, menjadi dewasa besar merimbun, diakhirat kita petik buah-buah kejayaan yang baik.
Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membangunkan agama Islam yang meliputi kehidupan dunia dan akhirat yang cemerlang). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar.
(An-Nisaa' 4:74)
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)”.
[Al-Jumuah: 10]
Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan , juga bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak, samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu tumbuh segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya menjadi kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah. Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
(Al-Hadiid 57:20)
Dan ketahuilah, amal yang paling banyak pulangannya setelah kewajipan (solat 5 waktu, puasa, zakat, haji) adalah berbuat kebaikkan dan amal kebajikan serta mengingati Allah. Biasa kita menumpukan ibadah untuk diri sendiri tetapi mengabaikan ibadah melakukan kebaikkan sesama manusia. Seimbangkan Ibadah dan amal kebaikkan.
Contoh seseorang yang menyapu sampah di tepi jalan untuk memudahkan orang ramai atau dia yang membasuh pinggan yang kepunyaan orang lain dengan ikhlas dicatat ditempat naik amal 100-150 pahala. Bayangkan jika anda adalah seorang penyelesai masalah masyarakat, contoh seorang doctor yang merawat penyakit, seorang guru yang mengajar ilmu, seorang pakar ekonomi yang menjaga kestabilan ekonomi negara. Berapa banyak kebaikkan yang anda lakukan ?
Oleh itu seimbangkan antara ibadah sendiri dan amal kebaikkan dan kebajikkan.
APAKAH KEISTIMEWAAN ATAU MINAT MENDALAM ANDA ?
Setiap dari kita mempunyai satu atau lebih keistimewaan yang dikurniakan Allah , jika dibangunkan akan menjadi asset yang berharga. Biasanya ia berkait rapat dengan Passion (Minat). Contoh ada orang mampu menganalisis dengan tajam, maka dia terlibat dalam bidang Analisa.
BAGAIMANAKAH UNTUK MENCAPAI TUJUAN HIDUP?
Langkah Langkah yang perlu diambil ialah dengan membuat perancangan rapi yang dipanggil menulis skrip kehidupan, disertakan pencarian ilmu-ilmu berkaitan, peka terhadap pengalaman hidup dan usaha tindakkan jitu yang istiqamah dan tidak kenal jemu mengikut apa yang telah dirancangkan.
Contoh Ibadah. Belajar mengerjakan solat dengan betul. Hukum Hakam, Ilmu Fardhu ain dan Fardhu Kifayah. Contoh Amal Kebaikkan, saya ingin menjadi seorang doctor. Apakah keperluannya? Keputusan peperiksaan yang cemerlang yang melayakkan saya ke university dalam bidang tersebut seterusnya dapat membantu masyarakat menyelesaikan masalah kesihatan. Menuju kecemerlangan tersebut, saya harus menjadi pelajar yang rajin, selalu mengulangkaji pelajaran dan membina minat serta pengetahuan berkaitan. Mengingati Allah membangun peribadi cemerlang oleh itu, saya khususkan waktu untuk berzikir dan bertasbih mengingati Allah pagi petang dan malam.

No comments:
Post a Comment