Izinkan saya memperkenalkan Tuhan sekalian alam, Tuhan kami dan Tuhan kamu, Tuhan yang satu, tiada Tuhan lain selain diri Nya. Dia adalah ALLAH yang Maha Esa dan Maha Pencipta, yang memulai penciptaan segala sesuatu, menjadikan apa yang ada di bumi dan di langit wujud.
AL-QURAN
Katakanlah : "Wahai Ahli Kitab (Para Nabi, Alim Ulama Yahudi, Nasrani, Islam), marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan Tuhan-Tuhan selain Allah (dipuja dan didewakan)". Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang muslim".
(A-li'Imraan 3:64)
MENGENAL TUHAN MELALUI ASMANYA ?
DIA lah ALLAH Tuhan kami dan Tuhan kamu, Tuhan yang Maha Esa, tiada Tuhan selain Nya, DIA tidak punya anak dan isteri, tidak pula ada sekutu-sekutu bagi Nya.
ALLAH Tuhan langit dan bumi. Tuhan Timur dan Barat serta pemilik Arsy yang mulia. Tuhan yang memulai penciptaan setiap segala sesuatu. Tuhan yang mencipta dirimu dan mengetahui perihal setiap makhluk Nya.
- Orang yang mengenal Tuhan dan mempunyai hubungan baik dengan Tuhan, jiwanya damai dan tenang.
- Orang yang Jelas dia mempunyai Tuhan yang maha pemurah, dadanya tidak sempit ketika susah.
- Orang yang Jelas dia mempunyai Tuhan yang maha pengampun, jika bersalah dia tahu pasti ada jalan untuk Kembali (bertaubat).
- Orang yang Jelas Tuhannya maha Mengetahui, dia mempunyai tempat untuk mengadu kebingungannya dan memohon petunjuk.
Bersyukurlah kepada Nya atas nikmat yang dilimpahkan. Dan ingat lah Allah, nescaya Allah ingat kepadamu, berdoalah dan dirikan solat 5 waktu, dan mohon ampunlah sebelum waktu subuh, moga moga setiap hari memulakan hidup dengan lembaran putih baru.

No comments:
Post a Comment